Amzad dilantik Pengerusi JKPK Alam Sekitar, Sains, Perladangan

Datuk Ahmad Amzad Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Amzad Hashim dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Alam Sekitar, Sains dan Perladangan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas di Parlimen, Kelmarin.

- Advertisement -

Jawatan yang digalas oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu khusus untuk memberikan tumpuan isu berkaitan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Menurut beliau, sembilan JKPK yang ditubuhkan oleh Parlimen tidak termasuk Jawatankuasa Kira Kira Wang Awam.

“JKPK adalah Jawatankuasa Khas pelbagai parti yang dibentuk di bawah bidang kuasa Parlimen bertujuan memantau, memperhalusi, mengemukakan syor kepada kerajaan dan pelbagai lagi fungsi mengikut terma rujukan yang ditetapkan.

“Dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas ini diharapkan dapat memainkan peranan mekanisme semak dan imbang dengan berkesan untuk menangani isu-isu akar rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahli JKPK terdiri daripada Ahli Parlimen Kubang Kerian [PN], Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Parlimen Padang Serai [PN], Dato’ Azman Nasrudin; Ahli Parlimen Sandakan [GPS], Vivian Wong Wong Shir Yee; Ahli Parlimen Raub [PH], Chow Yu Hui; Ahli Parlimen Beruas [PH], Dato’ Ngeh Koo Ham; Ahli Parlimen Batang Sadong [GPS], Rodiyah Sapiee; Ahli Parlimen Julau [PBM], Datuk Larry Soon@Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Sungai Siput [PH], Kesavan a/l Subramaniam. – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -