Apa status siasatan kenyataan pimpinan DAP P Pinang

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri diminta menyatakan apakah status siasatan terhadap kenyataan pimpinan DAP Pulau Pinang berkenaan kerajaan perlu tangani penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan pertanyaan itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL yang mengemukakan soalan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini sebagaimana di bawah.

Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan pendirian Kementerian untuk meningkatkan pemberian Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemeliharaan Biodiversiti (EFT) kepada negeri Kedah setimpal dengan pemeliharaan ekologi Hutan Simpan Ulu Muda selain menjadi sumber penggunaan air mentah oleh negeri berdekatan seperti Pulau Pinang.

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan khususnya Kementerian Luar Negeri bagi mengembalikan kegemilangan kedudukan dan peranan Malaysia di peringkat antarabangsa termasuk ASEAN yang dilihat semakin terpencil dan tidak dinamik sepertimana era tahun 1980an dan 1990an dahulu.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta Menteri  Pertanian  Dan  Keterjaminan  Makanan  menyatakan langkah penjimatan wang Kerajaan menerusi pemberian minyak subsidi diesel 70 juta liter sebulan kepada nelayan daripada ketirisan akibat penjualan di tengah laut, penjualan minyak kepada pemilik bot nelayan yang tidak layak dan pindah dari lori tangki ke lori tangki yang lain dan tidak masuk ke dalam tangki minyak yang berada di jeti yang dibenarkan penjualan oleh pihak berwajib.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta Menteri Kewangan menyatakan:-

 (a) berapa hasil yang diperoleh hasil penjualan portfolio enam aset runcit di Lembah Klang dan Johor oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); dan

 (b) adakah KWSP berhasrat untuk melupuskan satu lagi aset runcit di Lembah Klang seperti yang dilaporkan dan bagaimana perancangan Kementerian mengenai pelaburan seterusnya oleh KWSP.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan adakah Kementerian bercadang menaik taraf kawasan Gunung Stong sebagai tarikan ekopelancongan utama di Kelantan yang mana terdapatnya air terjun tertinggi di Asia iaitu Air Terjun Jelawang serta kepelbagaian sumber alam yang bakal menarik pelancong tempatan dan luar negara.

Tuan Hassan bin Saad [ Baling ] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk meningkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram bagi menyerap impak kejatuhan pendapatan para penoreh ketika ini dan apakah halangan Kementerian dalam menaikkan harga lantai getah.

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah [ Rompin ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian dalam menjadikan negara sebagai pengeluar utama makanan dalam negara, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada import makanan yang menyebabkan harga makanan melambung tinggi.

Datuk Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apa perancangan pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam meningkatkan jaringan keselamatan sosial bukan sahaja kepada pekerja malahan kepada majikan dengan menyediakan program seumpama Program Subsidi Upah (PSU) sekiranya berdepan bencana seperti pandemik COVID-19 pada masa hadapan.

Dr. Abd Ghani bin Ahmad [ Jerlun ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah status terkini pelaksanaan projek pemulihan tanah jerlus di kawasan MADA sejak RMK-10 hingga sekarang.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [ Beluran ] minta Menteri Luar Negeri menyatakan bagaimanakah seruan YAB Perdana Menteri di Manila yang menyarankan ASEAN supaya mempertimbangkan langkah-langkah baru yang lebih berkesan untuk menyelesaikan krisis di Myanmar akan diterjemahkan melalui kerangka luar Malaysia serta tidak terhalang oleh dasar tidak campur tangan yang menjadi doktrin ASEAN mahupun mencabar Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) 1976.

Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan apakah status, kos dan garis masa pembinaan Santuari Gajah, Seladang dan Ikan Kelah di Parlimen Gerik yang masih belum siap sepenuhnya sehingga hari ini.

Dato’ Azman bin Nasrudin [ Padang Serai ] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah tindakan Kerajaan susulan pendirian Parlimen Kesatuan Eropah (EU) yang meluluskan Peraturan EU Deforestation Regulation (EUDR) serta implikasinya terutama terhadap sektor sawit Malaysia dan pekebun-pekebun kecil.

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta Menteri Kewangan menyatakan:-

 (a) apakah perancangan dan strategi Kerajaan dalam meminimumkan defisit fiskal dan hutang negara; dan

(b)  ‘Road map’ bagi mencapai matlamat hutang negara per GDP di bawah 60% dan defisit fiskal 3.2% pada tahun 2025 sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan.

Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pendirian Kerajaan terhadap krisis yang berlaku di Sudan dan bagaimanakah hubungan diplomatik terkini antara Malaysia-Sudan.

Tuan Kalam bin Salan [ Sabak Bernam ] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan mengapa harga kelapa sawit tidak sama di seluruh negara. Contohnya, harga sawit MPOB purata Semenanjung Malaysia adalah RM792 per tan manakala purata Sabah Sarawak adalah RM720 per tan. Mengapa Sabah Sarawak sentiasa lebih rendah berbanding Semenanjung.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] minta Menteri Kewangan menyatakan:-

(a) rasional Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) KWSP berbanding kaedah pengeluaran KWSP secara bersasar, memandangkan FSA2 akan melibatkan faedah hutang pinjaman yang perlu ditanggung rakyat; dan

(b) respons terhadap kenyataan bercanggah oleh Timbalan Menteri Kewangan yang menyatakan FSA2 bukan berbentuk cagaran pada 10 April 2023, sedangkan Menteri Kewangan menyatakan kaedah ini merupakan cagaran pinjaman bank bagi tujuan pembiayaan kewangan pada Mac lalu.

Tuan Nurul Amin bin Hamid [ Padang Terap ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan jumlah EFT yang diterima di Kedah setiap tahun bermula tahun 2019 dan rancangan Kementerian bagi memastikan jumlah yang diterima setimpal dengan kos melepas pemeliharaan hutan dan ekologi tersebut, khususnya di Hutan Simpan Ulu Muda.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

(a) pelan Kerajaan dalam usaha membanteras isu ketirisan di sempadan antarabangsa negara termasuk penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi; dan

(b) apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan berhubung insiden penyeludupan dadah ke Australia melalui kapal dari Malaysia yang bertolak melalui Pelabuhan Westport.

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) [ Tanjong Karang ] minta Menteri Kewangan menyatakan isu ketidakseragaman pemberian bonus kepada penjawat awam. Sebagai contoh agensi kastam negara mendapat sebulan bonus sedangkan perkhidmatan awam yang lain hanya menerima sekadar bantuan sahaja. Pihak Kementerian harus menjelaskan mengapa perbezaan ini berlaku sedangkan semua penjawat memainkan peranan di dalam melaksanakan tugas dan skop di bawah Kementerian/Jabatan masing- masing. Apakah keistimewaan hingga menyebabkan perkara ini terjadi.

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [ Parit ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar mampu mengawal sempadan negara dari berlakunya aktiviti haram seperti penyeludupan, pendatang tanpa izin, dan pemerdagangan manusia setelah berlakunya pembubaran Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) pada tahun 2021.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [ Kuala Langat ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan dengan kerjasama Kerajaan negeri untuk memperkukuhkan tebing sungai dan pantai termasuk meningkatkan penanaman bakau, memperkukuhkan ban dan membina pemecah ombak.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kementerian ada merancang untuk memperkenalkan kembali Cukai Warisan (Inheritance Tax) sebagai satu usaha menambah hasil Kerajaan.

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [ Tumpat ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan inisiatif dan insentif Kementerian sebagai galakan ekonomi komuniti dalam merancakkan industri cocopeat di kawasan Pantai Timur khususnya di kepulauan Tumpat yang sarat dengan industri berkaitan dengan kelapa.

Tuan Roslan bin Hashim [ Kulim Bandar Baharu ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa ramai yang memohon kewarganegaraan setakat ini dan apakah syarat umum untuk mereka yang ingin mendapatkan kewarganegaraan.

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan status terkini skim insurans pertanian yang membabitkan agromakanan bagi melindungi kebajikan golongan petani serta kekangan yang dihadapi menyebabkan pelaksanaannya sehingga kini masih belum dijalankan.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan :-

(a) apakah usaha Kementerian untuk memastikan supaya semua nelayan di Malaysia mendaftar dengan persatuan nelayan, agar manfaat dari Kerajaan dan bantuan dapat disalurkan secara menyeluruh terutama mereka yang telah menceburi bidang ini melebihi 10 tahun; dan

(b) apakah jenis program dan bantuan yang disediakan kepada para petani dan penternak mengambil kira kenaikan kos input tanaman seperti baja, racun, peralatan pertanian dan dedak ternakan yang berpotensi supaya tidak menjejaskan margin keuntungan mereka.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa jumlah peruntukan yang telah diluluskan kepada setiap 63 sekolah persendirian Cina dan berapa peruntukan yang diluluskan untuk setiap sekolah Kerajaan.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan sejauh mana Kementerian memanfaatkan Tabung Khas Perubahan Iklim (SCCF) Bangsa-Bangsa Bersatu.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan dapatan kajian terperinci dan menyeluruh yang menjadi pertimbangan pihak Kerajaan dalam memperkenal Single Border Agency (SBA) berbanding penaiktarafan perkhidmatan awam melalui inisiatif pengkorporatan atau penubuhan suruhanjaya berautonomi melibatkan agensi persekutuan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha pihak Kementerian dalam mengatasi isu pelancong asing yang memanipulasi kemudahan visa untuk masuk dan menetap secara terus dalam negara ini.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan apakah kekangan daripada pihak Kementerian untuk melaksanakan moratarium kepada pembalakan hutan supaya dapat mengurangkan pembalakan serta menggalakkan penanaman semula sepertimana yang sudah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri semasa beliau menjadi Ketua Pembangkang.

Dato’ Dr. Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan status pelaksanaan naik taraf sistem ramalan dan amaran cuaca di bawah Jabatan Meteorologi Malaysia.

Tuan Rushdan bin Rusmi [ Padang Besar ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan tindakan yang diambil Kerajaan untuk memastikan majikan terutamanya pihak swasta menepati saranan Panduan Gaji Permulaan 2020.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [ Langkawi ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah Kerajaan sedang mengkaji penambahan atau pertukaran sistem parol yang sedia ada, serta mengkaji satu sistem yang boleh mengatasi isu kesesakan di penjara termasuk kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Tuan Hassan bin Saad [ Baling ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan senarai tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri Kedah sebagaimana yang diumumkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) serta status terkini kemajuan projek tersebut setakat ini.

Tuan Haji Kamal bin Ashaari [ Kuala Krau ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi memastikan keterjaminan bekalan air semasa fenomena cuaca kering berlaku di negara kita terutamanya di Loji Air Jenerak Utara, di mana ia sentiasa tidak berfungsi kerana kerosakan.

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [ Temerloh ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan perancangan jangka masa pendek kepada permasalahan penternak ikan patin sangkar Sungai Pahang terutama di kawasan Temerloh untuk perkembangan perusahaan ikan patin.

Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya [ Pokok Sena ] minta Menteri Kewangan menyatakan pelan strategik di bawah Akta Perjudian Rumah Terbuka 1953 bagi menangani langkah promosi dan aktiviti perjudian secara dalam talian yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [ Kuala Kedah ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan perkembangan Program Pengurangan NRW Kebangsaan bagi Negeri Kedah yang sepatutnya diselesaikan menjelang penghujung tahun 2023.

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Besut ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan kenapa fungsi sebenar Empangan Paya Peda di Besut untuk membekalkan pengairan air bagi tanaman padi dua (2) kali setahun bagi kawasan seluas 9000 hektar tidak digunakan sepenuhnya kerana setakat ini hanya melibatkan kawasan padi 1063 hektar sahaja.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan usaha Kementerian bagi mengurangkan kesan rumah hijau akibat perladangan kelapa sawit melalui Program Konservasi.

Tuan Nurul Amin bin Hamid [ Padang Terap ] minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan rancangan Kementerian untuk membangunkan ekopelancongan bercirikan penyelidikan di Taman Negeri Ulu Muda dan Tasik Pedu di Negeri Kedah.

Tuan Zahari bin Kechik [ Jeli ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan status terkini projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [ Permatang Pauh ] minta Menteri  Sumber  Asli,  Alam  Sekitar  Dan  Perubahan   Iklim menyatakan 71 syarat yang telah ditetapkan terhadap kelulusan yang diberikan untuk meneruskan Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSI) bagi tujuan ketelusan dan apakah perincian kaedah mengawal perjalanan projek tersebut bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara dan tidak dieksploitasi secara haram.

Tuan Zahari bin Kechik [ Jeli ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah usaha dan tindakan Kerajaan di dalam membaik pulih dan menaik taraf kuarters-kuarters balai polis lama di setiap balai polis dan IPD seluruh negara.

Datuk Muslimin bin Yahaya [ Sungai Besar ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan dengan jelas proses penggambaran filem Anwar The Movie yang melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Apakah skripnya mendapat kelulusan terlebih dahulu dari pihak PDRM.

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah [ Rompin ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah dengan membawa masuk lebih ramai pekerja asing ke negara ini memberi impak kepada masalah pengangguran dalam negara.

Tuan Wan Razali bin Wan Nor [ Kuantan ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan keluasan tanah yang digunakan bagi sektor pertanian di Parlimen Kuantan dan bilangan tenaga kerja mengikut pecahan usia dan kaum yang terlibat dalam sektor tersebut.

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary  [Pengkalan  Chepa]  minta Menteri  Sumber  Asli,  Alam  Sekitar  Dan  Perubahan   Iklim menyatakan persediaan Kementerian bagi menghadapi perubahan iklim yang mendadak (climate change) dan program serta perancangan bagi menggalakkan industri hijau.

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [ Kuala Kangsar ] minta Menteri  Sumber  Asli,  Alam  Sekitar  Dan  Perubahan   Iklim menyatakan pendirian terbaharu Kerajaan mengenai pelaksanaan akta jerebu rentas sempadan ini dan sejauh manakah kajian kebolehlaksanaan berkaitan akta ini telah dilaksanakan secara komprehensif.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [ Beluran ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan nilai eksport durian ke negara China dua tahun belakangan ini serta apakah usaha-usaha Kementerian untuk tingkatkan eksport komoditi ini ke destinasi lain.

Dato’ Azman bin Nasrudin [ Padang Serai ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan berapa jumlah golongan belia yang berumur 20-40 tahun di seluruh negara yang terlibat dalam industri pertanian dan berapakah jumlah bantuan yang diberikan kepada mereka.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk meminda Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 bagi mengekang kegiatan jenayah terancang terutamanya jenayah komersial yang kini semakin berleluasa.

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan status pembangunan “Standard Operational Procedure” bagi tujuan perlombongan Rare Earth Element (REE) di daerah Sik, Kedah.

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [ Permatang Pauh ] minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan sejauh manakah pihak Kementerian mengambil langkah drastik untuk membantu syarikat agensi pelancongan di Malaysia bagi menangani isu berkaitan kenaikan harga tiket penerbangan dan kos berkaitan harga hotel dan pengangkutan di Arab Saudi.

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) [ Lumut ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan dasar Lembaga Penapisan Filem (LPF) bagi kandungan filem atau drama televisyen yang melibatkan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya adegan yang mencemarkan imej dan nama baik PDRM dalam filem Anwar: The Untold Story.

Tuan Haji Kamal bin Ashaari [ Kuala Krau ] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah perincian pecahan aktiviti dan insentif balik yang telah dijalankan Kerajaan melalui hasil kutipan ses daripada hasil sawit yang telah lama dikenakan oleh pihak MPOB.

Tuan Jamaludin bin Yahya [ Pasir Salak ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan pihak majikan mematuhi perlaksanaan kadar gred gaji minimum bagi pengawal keselamatan di negara ini.

Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah status siasatan terhadap kenyataan pimpinan DAP Pulau Pinang berkenaan Kerajaan perlu tangani penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [ Kuala Langat ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan apakah status projek tebatan banjir lembangan Sungai Langat.

Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan:-

 (a) keberkesanan pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar (SBB) setakat ini di Semenanjung Malaysia; dan

 (b) usaha proaktif pihak Kementerian dalam mencapai sasaran pelaksanaan program ini seluas 150,000 hektar memandangkan terkini keluasan hanya 7.3 peratus sahaja

Kapten Azahari bin Hasan [ Padang Rengas ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan perkembangan terkini projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di bawah RMK-12 bagi negeri Perak khususnya melibatkan kerja menstabilkan tebing dan pengaluran sungai terutamanya di kawasan Parlimen Padang Rengas.

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan apakah usaha Kementerian menjaga alam sekitar demi kehijauan Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Merbok dan senaraikan program yang dijalankan kerana terdapat beberapa lokasi yang dijadikan tempat pembuangan sampah secara haram yang mengancam habitat seperti spesis kurma laut yang dilindungi.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [ Hulu Selangor ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan usaha penambahbaikan Kementerian dalam menangani isu gangguan bekalan air tidak berjadual yang sering berlaku, termasuk di negeri Selangor.

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta Menteri Kewangan menyatakan penentuan kaedah bantuan bersasar kepada golongan B40 bagi meringankan beban golongan tersebut.

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah dasar dan kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan terhadap lantikan politik sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah di badan berkanun, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), perbadanan milik Kerajaan, agensi Kerajaan, serta IPTA.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [ Kuala Kedah ] minta Menteri Kewangan menyatakan perincian RM1.6 bilion yang diperuntukkan kepada negeri Kedah berdasarkan pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini.

Datuk Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta Menteri Kewangan menyatakan perancangan Kerajaan untuk meningkatkan jumlah pembayaran pampasan pajakan Negeri Pulau Pinang berdasarkan Triti Kedah 1869.

Dr. Abd Ghani bin Ahmad [ Jerlun ] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah terdapat usaha-usaha merundingkan semula nilai pembayaran pajakan negeri Pulau Pinang berdasarkan Perkara 167(7) Perlembagaan Persekutuan. – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -