PRN detik penentu: Rakyat tolak Kerajaan PH-BN

- Advertisement -

PAS memandang serius cabaran Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar Pengerusi PERIKATAN NASIONAL menggunakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai kayu ukur sokongan rakyat.

PRU15 telah membuktikan BN-Umno merekodkan keputusan terburuk dalam sejarah kerana hanya tinggal 30 kerusi Parlimen sahaja. Dan Umno hanya tinggal 28 kerusi dan ini adalah pencapaian terburuk Presiden Umno setakat ini.

Dengan pelbagai isu yang menyakitkan rakyat melingkari Kerajaan PH-BN dan tunduknya Umno kepada DAP pastinya ahli Umno akan mengalih sokongan kepada PN.

Peralihan sokongan ini juga ditambah dengan perbalahan pembahagian kerusi antara Umno dan DAP di beberapa negeri hingga ramai ahli Umno kini bertekad menentang Umno secara terbuka.

PAS yakin kemelut dalaman PH-BN selain kelemahan pentadbiran Perdana Menteri ke-10 (PMX) yang terlalu ketara akan dihukum rakyat dalam PRN ini. Andai PH-BN tersungkur, Timbalan Perdana Menteri perlu berundur secara terhormat.

“Malaysia Sejahtera”

YB IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut – HARAKAHDAILY 23/5/20230

- Advertisement -
- Advertisement -