Perincikan pencapaian pelan tindakan perpaduan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) meminta Kementerian Perpaduan Negara menyatakan sejauh manakah pencapaian Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 serta inisiatif yang dilaksanakan.

Beliau juga meminta kementerian menyatakan pendirian kerajaan berhubung matlamat yang digariskan dan adakah ia sejajar dengan teras Malaysia Madani.

- Advertisement -

“Apakah pendirian kerajaan berhubung matlamat yang digariskan, iaitu berdasarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dalam pelan tindakan ini dan adakah ia sejajar dengan teras Malaysia Madani,” katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Perpaduan Negara, Dato’ Aaron Ago Dagang berkata, pelan tindakan itu akan diterjemahkan dalam bentuk program dan inisiatif bagi mencapai Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030.

Katanya, pelan tindakan itu merupakan pelan induk bagi menterjemahkan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dalam bentuk program dan inisiatif.

“Ia bagi memperkasakan agenda perpaduan nasional melalui pelbagai usaha yang mengukuhkan tapak integrasi yang lebih terancang.

“Pelbagai kementerian, agensi kerajaan, badan bukan Kerajaan (NGO), swasta dan masyarakat akan dilibatkan mengikut peranan dan fungsi masing-masing,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/5/2023

- Advertisement -