Kenapa bantu umat Islam di Assam, India?

- Advertisement -

MISKIN melarat. Papa kedana. Dibuang dinafi kerakyatan.

Itu asas Yayasan Amal Kelantan tahun ini sekali lagi memilih umat Islam di Negeri Assam, untuk dibantu, dihulurkan Al-Quran Wakaf, derma anak yatim dan sempena Aidiladha ini, haiwan korban dan akikah kita hantar ke sana.

Miskin melarat; makan sekali sehari. Anak-anak kurus kering, tidak cukup zat. Gizi tidak sempurna. Yang tua bekerja kampung, petani, hasil beberapa rupee sahaja sehari. 

Papa kedana; rumah beratap jerami, berdinding buluh berlantai tanah liat. Setiap kali hujan, basar bocor. Musim tengkujuh rumah mereka hanyut air. Masak dapur kayu api, air punggah dari paya dan sungai.

Ditekan dan dinafi kerakyatan. Beberapa tahun lepas, pihak berkuasa di sana melaksanakan ‘pembersihan kewarganegaraan’ di Negeri Assam, sehingga menyebabkan 4 juta warga India (kebanyakannya Muslim) ditarik taraf kewarganegaraan mereka. Bangladesh tidak terima, India buang. Tiada dunia untuk mereka, bumi tidak boleh dipijak.

Mereka bertindak keras dan seakan-akan memprovokasikan lagi Islam dengan dakwaan ramai pihak, berkait pengiktirafan Qadiani sebagai ajaran Islam, menarik subsidi haji untuk umat Islam, meletakkan ‘talak tiga’ sebagai satu jenayah, diskriminasi penternak lembu dalam kalangan Islam serta dilihat seakan akan membiarkan beberapa jenayah anti Muslim berlaku di India. 

Dan jika mahu ditulis di sini, masih banyak perkara lain yang menyedihkan dan perit untuk dibicarakan.

Ini semua menambah tekanan kepada umat Islam, dan seolah-olah meletakkan masyarakat Muslim di dalam kandang pesalah.

Itu belum lagi kita sebut tindakan menghapuskan autonomi wilayah majoriti Islam di Kashmir yang dilihat bertujuan untuk menguatkan cengkaman nasionalis Hindu terhadap majoriti umat Islam di Kashmir.

Program korban dan akikah di Assam India 1444H/2023M

Assam berada di Timur Laut India. Terletak di bahagian Timur kaki pergunungan Himalaya, dikelilingi oleh Arunachal Pradesh, Nagaland, Manipur, Mizoram, Tripura dan Meghalaya.

Bahasa rasmi kaum adalah Assam, Benggali, Bodo dan Krabi. Jumlah penduduk melebihi 34 juta orang. 

Masyarakat Muslim hampir 12 juta. Majoriti dalam keadaan termiskin dan tertindas. 

Tambahan pula Umat Islam Assam diancam oleh pelampau dari suku Kaum Bodo. Rumah dan tanah mereka dirampas dan dibakar, manakala ramai yang dihalau dan dibunuh. Mereka terpaksa berpindah ke Pusat Pusat Perpindahan (IDP).

Amal Malaysia telah melaksanakan ibadah Qurban dan Khidmat Masyarakat sejak tahun 2012 di Assam. Kami mendapat kerjasama daripada Jamaat E-Islami Hind, sebuah NGO di Assam.

Jom cakna dan prihatin kemelaratan umat Islam dengan melaksanakan ibadah korban dan akikah di Assam.

Kambing seekor RM500.
Lembu sebahagian RM350.

Maybank 5530-1060-5969
Amal Kelantan Dana Qurban

Untuk keterangan lanjut sila hubungi atau whatsapp atau sms ke no telefon:

0111-0081575

NAZMAN CHE IBERAHIM
Setiausaha Amal Negeri Kelantan
Email add : [email protected]HARAKAHDAILY 23/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -