ISS alu-alukan ketibaan angkasawan Saudi

Kumpulan kru di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bersama-sama dua angkasawan Saudi, Rayyanah Barnawi dan Ali Alqarni pada 22 Mei 2023. (FOTO: Tangkapan skrin/Axiom)
- Advertisement -

RIYADH: Ketibaan dua angkasawan Arab Saudi,  Rayyanah Barnawi dan Ali Alqarni di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Isnin (22 Mei) telah dialu-alukan kru yang sudah berada di stesen yang berada sejauh 360 kilometer dari permukaan bumi itu.

Barnawi, seorang saintis yang menjadi wanita Arab pertama ke angkasa lepas, dan Alqarni, seorang juruterbang pejuang terlatih, tiba ke ISS dengan menaiki kapal angkasa SpaceX Dragon bersama angkasawan Amerika Syarikat, Peggy Whitson dan perintis perniagaan serta juruterbang, John Shoffner.

- Advertisement -

Mereka dialu-alukan oleh tujuh angkasawan yang sudah berada di atas kapal (tiga warga Rusia, tiga warga AS, dan seorang warga Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor Al Ekhbariya pada Isnin.

“Kami kini mencapai impian yang tidak pernah kami jangka akan menjadi kenyataan. Perjalanan ini (dari bumi ke ISS) mewakili Saudi dan seluruh dunia Arab. Ia juga satu peluang untuk menerokai angkasa lepas,” kata Barnawi, sejurus tiba di ISS.

Sementara itu, Alqarni berkata beliau dan Barnawi akan menjalankan ‘eksperimen saintifik yang akan memberi manfaat kepada manusia’ semasa mereka berada di ISS.

Mereka menyasarkan untuk menjalankan 20 projek penyelidikan, antaranya ialah 14 projek yang dibangunkan oleh saintis Saudi meliputi pelbagai bidang seperti fisiologi manusia, biologi sel, dan pembangunan teknologi.

“Ia adalah perjalanan yang indah,” ulas pula Whitson, bekas angkasawan NASA yang telah membuat penerbangan ke angkasa tiga kali pada masa lalu, sambil menambah bahawa penerbangan kali ini adalah yang paling lancar pernah beliau rasai.

Kapal angkasa SpaceX Dragon dilancarkan di atas roket SpaceX pada hari Ahad (21 Mei) alu dalam misi Axiom-2 (Ax-2). – HARAKAHDAILY 23/5/2023

- Advertisement -