Ada sahaja DAP dalam kerajaan jangan sesekali pelik

- Advertisement -

JAM 9 pagi tadi saya buat posting:

“Ikut laporan KDN rampas jam tangan didakwa ada unsur LGBT di beberapa shopping complex. Mari kita tengok berapa lama sebelum diarah serah kembali. Tindakan ini memijak ekor parti dominan dalam Kerajaan Madani. Awas lu.”

Dan tepat sebagaimana dijangka seorang sahabat berbangsa Cina baru forward pada saya:

“Terkini: Sin Chew melaporkan seorang Menteri Kabinet telah mengesahkan kepada Sin Chew bahawa Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan arahan memberhentikan operasi menahan jam tangan berjenama Swatch koleksi Pride.”

Teringat saya pada tahun 2008 dahulu ketika PAS dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Exco Agama mengarahkan pihak PBT (MBSA) merampas arak di premis Seven Eleven yang terletak di kawasan majoriti Melayu.

Serta merta Exco PBT dari DAP campurtangan dan keluar arahan baru agar arak yang dirampas itu dikembalikan.

Ada sahaja DAP dalam kerajaan, jangan peliklah apabila perkara-perkara seperti ini berlaku. Undi BN dapat DAP!

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR 
Setiausaha 
PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 23/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -