KUALA LUMPUR: Jalinan kerjasama dan hubungan antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan institusi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) Hal Ehwal Agama Islam perlu diperkasakan dengan sebaik mungkin.
Dato’ Ahmad Marzuk Shaari (PN-Pengkalan Chepa) berkata, usaha itu membabitkan penambah baikan agensi yang menjadi pelaksana bagi Akta Percetakan Teks al-Quran 1986.
Beliau menegaskan bahawa menerusi Rang Undang-undang (RUU) (RUU) Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023 kualiti percetakan al Quran termasuk Braille dalam bentuk yang sangat sempurna.
“Pegawai awam yang mendapat tauliah atau kuasa untuk melaksanakan akta itu perlu ditambah terutamanya bagi menyemak cetakan al-Quran dalam bentuk braille al-Quran.
“Ini dapat memastikan percetakan al-Quran jenis itu dapat mencapai kualiti yang ditetapkan oleh Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al Quran (LPPPQ),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pencetakan Teks Al-Quran 2023 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga mencadangkan satu badan khas wajar ditubuhkan dan dikawal selia oleh LPPPQ untuk pastikan pemegang lesen mematuhi standard ditetapkan.
Menurutnya, LPPPQ memainkan peranan untuk pastik teks al Quran bentuk Braille sudah siap dicetak melalui bacaan akhir dan disemak bagi pastikan tulisan sempurna tanpa kesalahan.
“Selain itu, pemantauan berkala perlu dilaksanakan setiap al quran dalam pasaran tempatan pemantauan itu bagi pastikan tidak melanggar syarat lesen mencetak sebagaimana dikuatkuasakan.
“Pemantauan itu turut meliputi bagi al Quran yang diimport yang telah mendapat kelulusan dan diperakui untuk pastikan penjualan al Quran ini tidak berleluasa,” katanya.
Sehingga kini, penjualan naskah al-Quran tanpa kelulusan KDN yang dikenali al-Quran al Wasim, al-Quran an Nur dan al-Quran al Mumayyaz kekal dijual secara terbuka.
Meskipun KDN melalui Akta Pencetakan Teks al Quran 1986 (Akta 326) sudah mewartakan larangan pengedaran, percetakan naskah tersebut pada 2016, namun penjualan tersebut masih berlaku pada ketika ini.
Penjualan tersebut membabitkan platform perniagaan dalam talian seperti Shopee, Lazada dan media sosial yang masih mendapat permintaan hangat dari masyarakat. – HARAKAHDAILY 22/5/2023