PAS tidak tewas di desa, menjalar senyap meroboh tembok kota

- Advertisement -

RUPANYA artikel yang ditulis oleh Murray Hunter di bawah ini yang mencuit pimpinan PH seperti P. Ramasamy, sehingga menulis beberapa artikel untuk menumpaskan Gelombang Hijau dan PAS. 

PAS bukan sahaja mengukuhkan tapaknya di kawasan kampung-kampung. 

Kini PAS dan PERIKATAN NASIONAL sedang menjalar dengan penuh ketenangan merempuh dinding-dinding penghalang di kawasan separa-bandar dan bandar. 

Wajah kepimpinan PAS yang pelbagai sama ada ulamak, profesional, pendidik dan aktivis parti telah menarik minat rakyat yang pelbagai jua. 

Kehadiran pimpinan parti lawan ke dalam PAS juga, pastinya menambahkan lagi kepelbagaian watak dan imej PAS. 

PAS dengar akar tarbiahnya perlu bersedia menerima kemasukan insan yang datang dari pelbagai latar, personaliti, penampilan dan juga pemikiran. 

Watak pelbagai itu satu anugerah, yang lebih besar adalah dasar perjuangannya adalah sama yakni Islam. 

Ustaz Mad, Dr Sam, Sanusi dan Cikgu Shukri mereka ini wataknya berbeza-beza, yang mampu menarik segmen rakyat yang berbeza. 

Namun, mereka menirus pada perjuangan yang sama yakni Islam. Ibarat ‘funnel’, muncungnya luas melebar namun dibawa menirus ke dasar yang sama. 

Akar perjuangan yang kukuh, menerima kepelbagaian watak dan pendekatan membuatkan PAS cukup bersedia menjadi parti yang meneduhi kepelbagaian rakyat. 

PRN ini nanti, kita bergerak ke gerbang jasa bukan hanya tidak tertewas di kawasan kampung malah menjalar menawan kawasan separa bandar dan bandar. Insya-Allah. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 22/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -