Parti mula gesa ahli undi parti kawan dalam gabungan

Menjelang PRN

- Advertisement -

SEBENARNYA tidaklah pelik jika Umno dan DAP mula berkempen kepada ahli dan penyokong parti masing-masing untuk berikan undi mereka ketika PRN nanti kepada parti yang mereka musuhi selama ini.

Ahli dan penyokong Umno akan berikan undi mereka kepada calon DAP dan begitulah sebaliknya. Mampukah mereka membuat perubahan ini? Sudah tentulah tidak semudah yang disangkakan. 

Gabungan mereka dalam kerajaan di atas nama Kerajaan Perpaduan masih lagi samar-samar kedudukan perpaduannya, malah sering diragui keutuhannya untuk terus memimpin negara pada masa hadapan.

Seorang penganalisis politik menjangkakan 50 peratus ahli Umno tidak akan memberikan undian mereka kepada DAP. Maknanya, jika tanya 10 ahli Umno, 5 daripada mereka tak akan beri undi pada DAP dan mungkin sekutunya sekali.

Gesaan terpaksa dibuat kerana masing-masing pun tahu bahawa mereka ‘terpaksa’ bergabung dalam kerajaan dengan parti yang mereka lawan selama ini tetapi membentuk kerajaan atas dasar terpaksa, bukan atas perjuangan masing-masing.

Hujahnya sama; demi Kerajaan Perpaduan tapi bukannya demi dasar perjuangan masing-masing.

Sangat berbeza ketika PAS dan Umno bersatu dalam Penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional (MN) dahulu kerana pada waktu itu, ukhuwwah ini dibina ketika kedua-dua parti adalah pembangkang malah PH dan sekutunya terutamanya PAN teruk membedil PAS kerana sanggup bersekongkol dengan perasuah. 

PAN; saya percaya mereka tiada masalah untuk berikan undian mereka kepada Umno atau BN.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL – HARAKAHDAILY 22/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -