Khabar dari Parlimen Malaysia

- Advertisement -

HARI ini hari pertama Parlimen Malaysia bersidang. Antara isu panas berbangkit di Parlimen Malaysia ialah:

- Advertisement -

1. Isu Kalimah Allah

Isu kalimah Allah disuarakan di Dewan Rakyat hari ini setelah Rang Undang-Undang (RUU) Akta Percetakan Al-Quran yang dibentang oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) dibahas.

Sebahagian besar ahli parlimen Perikatan Nasional bangkit melahirkan rasa kesal terhadap KDN yang menarik balik rayuan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun Timbalan Speaker tidak membenarkan isu tersebut dilanjutkan.

2. RUU Kanun Keseksaan Mansuh Kesalahan Bunuh Diri diluluskan

Dewan Rakyat hari ini meluluskan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 bagi memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh, berkata pemansuhan Seksyen 309 untuk meniadakan kesalahan percubaan bunuh diri di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan ini bertujuan untuk mencegah kes cubaan bunuh diri di Malaysia.

YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, Ahli Parlimen Kuala Langat – PN turut mengambil bahagian mempersoalkan sejauh mana rakyat di negara ini memahami bahawa cubaan bunuh diri adalah satu daripada kesalahan jenayah.

Menurut beliau gagalnya mereka memahami perkara ini adalah punca negara gagal untuk menurunkan kadar bunuh diri.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
Bertarikh: 22 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 22/5/2023

- Advertisement -