KUALA LUMPUR: Sebanyak 37 institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) telah ditutup sejak tahun 2020 sehingga 2023.
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), tindakan penutupan IPTS itu merupakan langkah terakhir yang diambil setelah usaha-usaha untuk meneruskan operasi tidak berjaya.
Dalam konteks penutupan IPTS, kementerian sentiasa memberi keutamaan tertinggi serta mengambil berat kebajikan pelajar dengan memastikan pelajar yang terkesan akibat penutupan itu dapat menamatkan pengajiannya.
“Sehubungan dengan itu, proses menyambung pendidikan pelajar yang terkesan akibat penutupan IPTS diselesaikan terlebih dahulu dengan memetakan (mapping) pelajar ke IPTS lain sebelum sesebuah IPTS itu ditutup,” ujarnya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun.
Mohd Hasnizan meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan jumlah IPTS yang telah ditutup sejak tahun 2020 sehingga 2023 dan bagaimanakah status pelajar yang belajar di IPTS tersebut.
Tambah KPT, kementerian menerusi IPTS sentiasa berusaha mengambil pelbagai langkah proaktif bagi memastikan kebajikan pelajar-pelajar tersebut menjadi keutamaan sepanjang tempoh pengajian mereka. – HARAKAHDAILY 22/5/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!