Nyanyuk Lim Kit Siang, nyanyuk terpilih

- Advertisement -

LIM Kit Siang (LKS) mencuba nasib dengan turut sama memberikan sumbangan untuk mengelakkan Kerajaan PH daripada ditumbangkan oleh PN. Langkah pertama beliau ialah dengan memaniskan mulut, menjemput Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk turut serta dalam pakatan mereka yang ketika ini sangat genting dan diselubungi kebimbangan akan direntap jatuh tersungkur oleh PN, melalui kehandalan Presiden PAS berpolitik.

Apatah lagi lebih mendebarkan PH ialah dengan kemasukkan Tun Mahathir, lawan PAS sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, sekarang bergandingan dengan Presiden PAS.

Setelah melihat J-KOM tidak mampu menampan serangan rakyat dari alam nyata ataupun maya, bertali arus yang sebenarnya bukanlah secara disusun, tetapi majoritinya PN mendapat bantuan daripada rakyat secara serentak. Dan secara tidak langsung yang begitu meluat dengan PH sekarang ini.

Gelombang yang bukan diinisiatifkan oleh PN, tetapi gelombang semula jadi hasil daripada tindak balas rakyat sendiri. Rakyat semua sudah celik, tidak sebagaimana tahun 2000 dan ke bawah dahulu. Di mana zaman Anwar masih dalam BN, memperbodohkan rakyat.

Kemudian LKS melihat juga, rakyat marah atas kegagalan Kerajaan PH membuat perubahan total iaitu menukar semua sistem yang mereka dakwa korup, yang didakwa mereka, hasil ciptaan rejim BN dahulu. Mereka mengguna pakai sistem yang jahat itu dan lebih teruk, ada kalangan Menteri PH sendiri yang lebih Umno dari Umno dalam tindakannya.

Sebahagian pimpinan Umno sememangnya tidak boleh diharap, terutama yang menghadapi tuduhan, hanya sahaja Anwar yang memuja mereka. Ini disebabkan jika Umno lari, maka Anwar akan jatuh dari kerusi Perdana Menteri. DAP juga terpaksa akur. 

DAP banyak mendapat manfaat daripada Kerajaan PH. Oleh itu, merobohkan Kerajaan PH kerana marahkan Anwar berpeluk dengan Umno, bukanlah pilihan yang baik sekarang ini, pastinya. Kata orang, alang-alang sudah terlanjur, baik ambil dahulu mana yang sempat.

Nanti kalau sudah kalah, tertutup peluang, sekurang-kurangnya mereka sudah dapat sebahagian kehendak mereka ketika berkuasa ini. Boleh cari gandingan baharu. Dan nanti, gunakan pula gandingan itu untuk kepentingan mereka.

Menyedari hal itu, LKS yang sudah berjanji akan bersara pada PRU15 yang lalu, keluar sekarang, menyibuk kembali dengan politik negara yang sudah jelas, tidak mahukan beliau berada di dalamnya. Sebaik sahaja masuk campur, kenyataan beliau ialah DAP sedia memaafkan PAS yang sudah banyak memfitnah DAP, PAS mesti menunjukkan keikhlasannya untuk bersama PH.

Kemudian beliau mengenakan beberapa syarat kepada PAS jika mahu turut serta dalam Kerajaan PH itu. Bingung, sungguh bingung orang tua ini. Yang nampak jahat, PAS, jadi kalau PAS tak mahu terima syarat dia yang dia juga tahu PAS tidak mahu, nanti dikata orang PAS tidak tahu membalas budi baik orang. Apakah nyanyuknya LKS sudah kronik?

Pertamanya PAS dengan jelas dan teguh mengatakan bahawa PAS tidak akan menyertai PH kerana adanya DAP. Keduanya, mengajak PAS masuk PH yang sudah tahu PAS tidak mahu, kemudiannya meletakkan syarat jika PAS mahu turut serta adalah hal yang pelik.

Ia boleh diibaratkan seperti seorang janda tua yang hodoh, sudah menopaus, mandul dan miskin berkata kepada seorang jejaka yang kacak, kaya, berpendidikan, kalau kau mahu kahwin sama aku, kau kena penuhi syarat aku dan jangan menghina abang aku atau memfitnah dia.

Sedangkan si abang dialah yang jahat, kerap memfitnah dan menipu orang dan jejaka itu tidak ada hati langsung dengan si tua kutuk yang hodoh dan mandul itu. Apa lagi jejaka itu jelas boleh mencari anak dara yang lebih cantik, kaya, muda dan masih berpeluang untuk beranak.

Jadi apakah yang kita mahu katakan kepada si tua nyanyuk ini? LKS mengalami lupa yang amat dahsyat, tetapi yang menariknya, lupa beliau itu hanya terpilih, kepada PAS dan kononnya PAS berbuat jahat kepada dia. DAP amat mulia, tidak pernah ada dosa, tidak pernah menipu, tidak pernah melindungi pesalah rasuah, tidak pernah memainkan isu agama, tidak pernah ditangkap kerana rasuah, sangat berbudi bahasa dengan PAS.

Dahulu LKS pernah menuduh Tun Mahathir sebagai seorang yang mempunyai ingatan yang terpilih dalam beberapa kes yang dikatakan sebagai kejahatan beliau semasa menjadi Perdana Menteri dahulu. Kini, ingatan terpilih itu kembali kepadanya.

Berehatlah Apek Lim, kan janji dah bersara. Baik main dengan cucu lebih besar faedahnya. Manalah tahu, bapa cucu tu masuk penjara nanti sebab sabit kes rasuah, senanglah sikit datuk dia ada. Harap jangan dikata pula Presiden PAS yang paksa beliau bersara atau rancang masukkan anak dia dalam penjara. Orang nyanyuk ni bukan boleh buat kira.

MOHD NASIR ABDULLAH
20 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 20/5/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -