Transaksi ATM Bank Islam Wakaf Bharu antara tertinggi

- Advertisement -

TUMPAT: Penduduk yang tinggal di Chabang Empat tidak perlu lagi ke pekan Wakaf Bharu atau bandar Tumpat bagi mengeluar atau mendeposit wang tunai.

- Advertisement -

Bank Islam menyediakan Automated Teller Machine (ATM) bagi urusniaga Cash Recycle Machine (CRM) di Arked Mara Chabang Empat.

Difahamkan sejak ATM itu beroperasi urusan transaksi pengeluaran dan deposit tunai di Bank Islam Cawangan Wakaf Bharu direkodkan antara tertinggi di Malaysia.

Adun Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah berkata, kemudahan mesin wang itu disediakan bagi memenuhi permintaan penduduk bagi mengeluar atau memasukkan wang tanpa perlu pergi ke tempat yang jauh.

Katanya, usaha dimula sejak dua tahun lalu dengan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Bank Islam supaya menyediakan mesin ATM di kawasan terbabit.

“Selepas itu kami bertemu pula dengan pihak Mara memandangkan misen ATM dicadangkan diletak di Arked Mara di Chabang Empat.

“Alhamdulillah, akhirnya impian penduduk terlaksana di mana bukan hanya ada kemudahan ATM dan CRM bagi mengambil dan menyimpan wang tunai,” katanya selepas merasmikan kiok mesin tersebut hari ini.

Turut hadir Pengarah Bank Islam Kelantan Mohd Supardi Yatim dan Pengarah Deposit Bank Islam Negeri Wan Rusmayati Wan Hussin.

Penyediaan kios tersebut difahamkan melibatkan kos kira-kira RM15,000 yang merupakan pertama kemudanan CRM disediakan di Tumpat.

Rusli juga berkata, Chabang Empat Tumpat merupakan pekan kedua selepas Bandar Tumpat menyediakan kemudahan mesin terbabit. – HARAKAHDAILY 19/5/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -