Suku akhir Piala Sudirman: Malaysia lawan Denmark

- Advertisement -

Malaysia yang menjuarai Kumpulan C akan menentang naib juara Kumpulan A, Denmark dalam perlawanan suku akhir Piala Sudirman di Suzhou, China.

Dalam undian yang dijalankan semalam, Malaysia akan menentang Denmark dalam perlawanan jam 5 petang hari ini. Jika menang, skuad negara akan berdepan pemenang perlawanan antara pilihan kedua, Korea Selatan dan Taiwan.

- Advertisement -

Pada aksi peringkat kumpulan, Malaysia cemerlang apabila muncul juara selepas menang semua tiga perlawanan menentang Australia 5-0, India 5-0 dan Taiwan 4-1.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam saingan Piala Sudirman adalah mara sehingga separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China dan 2021 di Vantaa, Finland.

Kapten pasukan, Tan Kian Meng berkata: “Kami mempunyai keputusan undian yang baik, tetapi penting untuk kami kekal fokus. Kami tidak mahu memberikan tekanan yang tidak wajar.”

Denmark tewas 0-5 kepada China dalam perlawanan terakhir Kumpulan A untuk muncul sebagai naib juara.

Pilihan utama, China yang memenangi semua perlawanan akan menghadapi lawan yang sukar kerana berdepan Indonesia. Satu lagi perlawanan suku akhir lain adalah antara Thailand dan Jepun.

Jadual perlawanan

10 pagi: Thailand lwn Jepun, Taiwan lwn Korea Selatan

5 petang: Malaysia lwn Denmark. China vs Indonesia

- Advertisement -