Penyokong Alkmaar serang kontinjen West Ham

Petugas keselamatan mengawasi penyokong AZ Alkmaar yang cuba mencetuskan kekecohan.
- Advertisement -

Keluarga dan rakan pemain West Ham United, diserang penyokong AZ Alkmaar ketika meraikan kejayaan kelab Inggeris itu dalam separuh akhir Liga Konferens Europa di Belanda, semalam.

Media Belanda melaporkan penyokong AZ memecah pagar dan menyerang kontinjen West Ham yang duduk di kawasan pemain simpanan di Stadium AZ. Pergaduhan berlaku apabila pemain West Ham, termasuk kapten Declan Rice, cuba campur tangan.

- Advertisement -

Polis dan petugas keselamatan bergegas ke tempat kejadian untuk mengelakkan konfrontasi berlanjutan dan kekecohan berjaya dileraikan 10 minit kemudian.

Kejadian serupa berlaku di London minggu lalu apabila penyokong AZ, termasuk keluarga jurulatih Pascal Jansen, didatangi penyokong West Ham selepas mereka meraikan gol yang dijaringkan oleh kelab Belanda itu pada separuh masa pertama perlawanan pertama.

West Ham kembali untuk memenangi perlawanan 2-1 dan kemudian menjaringkan gol kemenangan terakhir dalam perlawanan kedua separuh akhir untuk kemenangan agregat 3-1. – REUTERS

- Advertisement -