Motocross: Bakat besar Rayyan perlu sokongan penaja

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: Muhammad Rayyan Mohd Rozaifri, 11, merupakan atlet sukan permotoran yang sedang mengukir nama dalam pertandingan motocross.

- Advertisement -

Beliau dilihat mempunyai bakat besar dalam bidang itu sedang mengasah bakat dalam siri pertandingan yang disertainya.

Team DACS Pulau Pinang diketuai oleh pengarahnya, Khairil Hanif Arshad sempat bertemu keluarga Rayyan yang tinggal di Permatang Berangan, kelmarin.

Mereka akan ke Terengganu bagi menyertai Terengganu Motocross Series 2023 pada 20 dan 21 Mei ini.

Ketika ditemui, Mohd Rozaifri memberi tahu anaknya telah menceburi sukan itu sejak Ogos 2022.

Katanya, dalam masa yang singkat anaknya sudah beberapa kali menjadi pesaing dan telah memenangi beberapa siri pertandingan motocross

Mohd Khairil mewakili DACS negeri dan DACS Tasek Gelugor telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Rayyan.

“Semoga bakat Adik Rayyan akan dilihat oleh pihak berwajib dan ada pihak yang sudi menaja beliau insya-Allah,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/5/2023

- Advertisement -