Bentang segera undang-undang berkaitan di Parlimen

- Advertisement -

KERAJAAN Madani telah menarik rayuan kes kalimah Allah. Ini menyebabkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 10/3/2021 yang mengisytiharkan Pekeliling Kementerian Dalam Negeri 1986 yang melarang bukan-Islam menggunakan kalimah Allah diisytihar tidak berperlembagaan menjadi keputusan yang kekal.

Ini menyebabkan bukan-Islam boleh menggunakan kalimah Allah dalam urusan agama mereka, mengimport bahan cetakan dan mencetak buku yang mengandungi kalimah Allah dalam negara.

Walaupun kerajaan telah menjanjikan akan membentangkan kepada Majlis Raja-raja cadangan memperkukuhkan penguatkuasaan penggunaan kalimah Allah, namun perlu difahami satu-satunya peruntukan kuasa kepada pihak keselamatan iaitu pekeliling KDN 1986 telah diisytiharkan tidak berperlembagaan. 

Juga terima kasih atas kegelojohan Menteri Dalam Negeri, rayuan kerajaan telah ditarik balik. Kini kalimah Allah telah terdedah kepada penggunaan secara terbuka oleh golongan bukan-Islam. 

Bagi menyelesaikan isu ini dengan baik, saya mencadangkan Perdana Menteri membentangkan satu rang undang-undang dengan kadar segera dalam Parlimen yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan-Islam.

Saya yakin sekiranya dibentang, semua Ahli Parlimen Melayu Islam akan menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini tidak kira dari pihak kerajaan atau pembangkang. 

Saya berharap Perdana Menteri berani dan akan mengutamakan perkara akidah umat Islam dalam hal ini, walaupun ada kemungkinan bantahan dari sekutu PH iaitu parti DAP sekiranya rang undang-undang ini dibentang. 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 19/5/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0337ghtetMYPRtWyqEyjjVxhV1fK7Q8t8MbzPaMu9xe4GoW2tyWxPAfHPbDAzVPiZkl&id=650875906&mibextid=Nif5oz 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -