Nama Allah: Jangan sampai terhina dan dihina

- Advertisement -

Nama Allah,
Jangan sampai terhina
dan dihina

- Advertisement -

Pada orang Islam
Nama Allah itu Mulia
Nama Allah itu Suci

Mungkin nama Allah itu lain nilainya pada orang bukan Islam
Mungkin hanya digunakan dalam kitab dan tempat ibadah
Mungkin hanya digunakan dalam bahan cetak agama lain
Tetapi tiada jamiman
Ia dipanjangkan penggunaanya
dalam pakaian, kasut, kosmetik, beg, topi, baju dalam dan seterusnya
Tiada undang-undang yang akan menghalangnya

Pada orang Islam
Nama Allah terhina dan dihinakan
Apabila ia menjadi tatu pada tubuh manusia
Tatu di kaki, di bahu, di tangan, di kemaluan
Apabila dilakarkan pada tubuh binatang
Apabila ia menjadi logo pada loceng leher binatang

Pada orang Islam
Nama Allah terhina dan dihinakan
Apabila ia dijahit pada pakaian
Apabila ia disulam pada pakaian
Apabila ia ditampal pada pakaian
Apabila ia dipapar dalam seluar dalam
Apabila dia dipapar pada baju dalam
Lalu pakaian ada nama Allah dibawa masuk ke tandas
dibawa masuk ke jamban, tempat najis lagi kotor
tidak layak nama Allah dinajiskan dan dikotorkan

Pada orang Islam
Nama Allah terhina dan dihinakan
Apabila diletakkan dalam kasut sebagai hiasan
Apabila diletakkan di bawah kasut sebagai hiasan
Apabila ia menjadi corak hiasan pada tepi kasut
tidak layak nama Allah diletakkan di kaki

Pada orang Islam
Nama Allah terhina dan dihinakan
Apabila ia dipakai pada anting-anting
Apabila ia dipakai pada topi
Apabila ia menjadi logo yang bersepah di atas lantai
dipijak, dikoyak, diludah, ditabur di sana sini

Maka jika orang Islam ternampak atau terserempak
dengan hal-hal di atas
Mereka tidak akan diam
Jangan sampai perbalahan mulut menjadi perbalahan tangan dan kaki
Jangan sampai perbalahan tangan dan kaki ditambah dengan senjata
Jangan sampai perbalahan senjata, menitiskan darah dan berderai menyembah bumi ini
Hanya kerana nama Allah yang mulia lagi suci itu terhina dan dihinakan

Kalau nak lihat ada yang sengsara, silakan, boleh cuba
Kalau nak lihat negara huru hara, silakan, boleh eksperimen
Kalau nak lihat ada isteri menjadi balu, silakan,
Kalau nak lihat ada anak-anak menjadi yatim dan piatu, silakan
Kalau nak tengok dulu “belum cuba belum tahu”, silakan

jangan salahkan rakyat beragama Islam
Salahkan mereka yang tidak hormati hidup beragama
Sebelum ini rakyat tenang, negara aman
Jangan dek kerana nama Allah yang mulia lagi suci terhina dan dihinakan
Maka negara suram, ekonomi muram

Jangan salahkan rakyat beragama Islam
Salahkanlah pemimpin yang tidak prihatin terhadap sensitiviti beragama
Salahkan mereka yang bawa agenda sulit dari pengaruh asing
Salahkan mereka yang mahu eksperimen “belum cuba belum tahu”

Pada orang Islam
Nama Allah itu Mulia
Nama Allah itu Suci
Usah bermain dengan api
Kelak ia membakar diri dan satu negeri

Tidak ada keperluan guna nama Allah ganti nama Tuhan bagi penganut agama lain
Tidak ada keperluan menyemai api dalam sekam
Tidak ada keperluan merosakkan kehidupan yang aman dan harmonis dalam negara

Pada orang Islam
Nama Allah itu Mulia
Nama Allah itu Suci

Pada orang bukan Islam, lain maknanya
Pada orang bukan Islam, lain nilainya

Toleransi ada batasnya
Sabar ada batasnya

Kebijakan mengurus negara pada tangan pemimpin
Jangan bijak tapi terpijak kerana kepentingan kuasa politik dan habuan dunia

Nukilan malam Jumaat,
IBNU HUSSIN
18/5/2023 – HARAKAHDAILY 18/5/2023

- Advertisement -