Tindakan Jabatan Perhutanan Pahang dihargai

- Advertisement -

UCAPAN penghargaan daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang atas tindakan tegas dan segera Jabatan Perhutanan Negeri Pahang ke atas sebuah Premis Peleburan Logam di Hutan Simpan(HS) Ibam, Rompin.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0N2GGPunCy7nAp8fKGiiVo4zHLtgWduwgqVP6xFpU7thvYNQVYmAB785trdQ6BuFSl&id=100069229449004&mibextid=Nif5oz

Pada 12 Mei 2023, Dewan Pemuda PAS Rompin telah memuat naik satu kenyataan yang bertajuk ‘Kilang haram di Bukit Ibam’.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0KhArRyXtjUBhfmFaC6Sku8A8hzw8FASJLcMqtMbPGrWqbJyKMazmZLc3DKT4e5Axl&id=100068874083437&mibextid=Nif5oz

Tujuan ia dinaikkan sebagai satu signal kepada masyarakat dan pihak berwajib mengenai premis pengoperasian haram yang berlaku di kawasan tersebut yang telah mencemarkan alam sekitar. Atas rasa tanggungjawab pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin telah melakukan tinjauan ke premis berkenaan sebelum memuat naik kenyataan tersebut. 

Bagi tujuan semak dan imbang, kami pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dan seluruh Dewan Pemuda PAS Kawasan yang berada di Negeri Pahang akan sentiasa memberi kerjasama sewajarnya terhadap isu-isu rakyat untuk perhatian pihak berwajib.

Sekali lagi, kami mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas tindakan tegas dan segera Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan kami mendoakan agar dipermudahkan segala urusan demi menjaga kelestarian alam sekitar di bumi Pahang yang bertuah ini.

MOHD ZARIMI ABU ZIH AL-HAFIZ
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 16/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -