KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) atau tahap kuning bagi empat kawasan di Semenanjung.
- Advertisement -
Menurut data jabatan itu yang dimuat naik di Facebook setakat 4.30 petang, keadaan cuaca panas berkenaan melibatkan Kuala Krai dan Pasir Mas di Kelantan; Rompin di Pahang dan Muar di Johor.
Tahap berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Sementara itu, keseluruhan kawasan di Sarawak dan Sabah merekodkan suhu normal iaitu maksimum bawah 35 darjah Celcius.
Maklumat terkini status cuaca panas harian boleh dirujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – BERNAMA