Pilihan raya Turkiye: Sinan Oğan sedia jadi ‘king maker’

Sinan Oğan
- Advertisement -

ANKARA: Calon presiden Türkiye Sinan Oğan yang menduduki tempat ketiga dalam pilihan raya pada Ahad, berkata beliau akan menyokong calon presiden yang akan bersaing dalam pusingan penentuan berdasarkan beberapa syarat.

- Advertisement -

“Kami ada beberapa prasyarat  termasuk memerangi keganasan dan kepulangan pelarian Syria, jika ingin mendapatkan sokongan daripada partinya Atanya Alliance,” kata Oğan kepada Agensi Berita Jerman dpa.

Pilihan raya pusingan kedua bagi menentukan calon presiden dijangka diadakan pada 28 Mei.

Pada pilihan raya Ahad lalu, Presiden Recep Tayyip Erdoğan memperoleh 49.4 peratus undian manakala pencabarnya Kemal Kılıçdaroğlu mendapat 44.96 peratus undian.

Kedua-dua pemimpin itu memerlukan sokongan Oğan untuk membolehkan mereka memperoleh lebih 50 peratus undi yang diperlukan untuk menjadi presiden.

Pengundian pusingan kedua masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa pilihan raya.

“Sekiranya Sinan Oğan tidak menyertai perlumbaan, Erdoğan sudah pasti membuat ucapan kejayannya di balkoni malam tadi,” kata Oğan.

Oğan berkata beliau “sangat selesa” untuk berperanan sebagai king maker atau penentu keputusan. – BERNAMA-dpa

- Advertisement -