HALUS dan tajam teguran serta gesaan yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu kepada Kerajaan Persekutuan.
Di hadapan Perdana Menteri Malaysia dengan bersaksikan rakyat Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah menasihati pihak Kerajaan Persekutuan agar berlaku adil dan bertanggungjawab dalam urusan rakyat.
Manakan tidak, Anwar sendiri mengakui bahawa telah berlaku kelewatan pengagihan bantuan banjir yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan.
Justeru dalam ucapan yang tidak sampai 10 minit itu, Dr. Samsuri menyatakan hasrat rakyat agar segala perancangan, pembangunan dan peruntukan yang menjadi hak rakyat Terengganu dapat diteruskan mengikut jadual.
Rakyat perlu tahu bahawa kelewatan pembayaran Dana Khas Kerajaan Persekutuan akan mengganggu kos operasi kerajaan negeri.
Jadi sebagai seorang tokoh ‘reformasi’, sewajarnya Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Anwar dapat membayar segala dana khas milik rakyat mengikut apa yang dibentangkan di Dewan Rakyat.
Jika yang asas gagal dilaksanakan, bagaimana rakyat hendak percaya pada janji bulan bintang yang lainnya?
Hormatilah konsep federalisme. Jika ahli-ahli politik tidak berubah menjadi matang, rakyat yang akan menanggung kesan.
Sekian.
ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
Bertarikh: 15 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 15/5/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!