Pandai bercakap, tak tahu buat kerja, mudah koyak

- Advertisement -

JERAI: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menempelak para pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang hanya pandai bercakap, tetapi sebenarnya tidak tahu membuat kerja dan mudah ‘koyak’.

Malah beliau dengan yakin dan bersungguh mengisytiharkan bahawa dirinya akan melawan segala tindakan politik kotor mereka walaupun tinggal seorang diri untuk menghadapi semua serangan dihadapkan.

Hangpa (mereka semua) ingat aku takut? PH-BN ni, kalau hangpa (kamu semua) tak dak (tiada), sorang malam ni tinggal aku seorang pun aku lawan depa (mereka). Tambah hangpa ada 50,000 lagu ni (seperti ini) bersemangat kita.

“Kita akan lawan. Kita akan pertahankan negeri ini,” ujarnya di hadapan sekitar 50,000 peserta Himpunan Jentera Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL Negeri Kedah di Padang Awam Guar Chempedak, di sini malam tadi.

Katanya yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, bercakap dengan melaksanakan adalah perkara berbeza di mana sesiapapun boleh berkata-kata, tetapi untuk menunaikan sesuatu itu adalah sukar.

Beliau mengimbas Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sejak hari pertama di jawatan itu telah mengarahkan agar satu pelan menangani kenaikan kos sara hidup dikeluarkan dalam masa dua minggu.

“Lepas dua minggu keluar tak pelan itu? Bukan lepas dua minggu, 6 bulan dah tak terbit, tak terbit lagi. Aku pun reti (boleh) jadi Perdana Menteri, jadi PM nak pikiaq (fikir) suruh orang lain (laksanakan).

“Kalau puak itu, aku pun tak kata. Dah hang (kamu) jadi PM hang pikiaq la. Hang janji puluh-puluh tahun dah (selama ini), sampai sekarang ini tak ada pelan untuk menangani kos sara hidup?” bidasnya.

Kesali beliau, harga petrol yang dijanjikan turun tidak berlaku, sebaliknya harga ayam naik, begitu juga pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dapat seperti pernah diperjuangkan.

“Orang ini (Anwar) dia mudah koyak. Dia mudah koyak. Kita bercakap dalam medan politik, tiap-tiap argument (hujah) dalam medan politik, kita akan jawab dalam medan politik. Tetapi oleh kerana mudah koyak, dia pi saman. Dia saman, kita pi jawab di mahkamahlah.

“Kita lawan, tak akan kita nak biar? Lawan ke biaq? Lawan ke biaq? Lawan tetap…..(lawan). Pakai tagline dia buat apa? Kita lawan sampai kita menang. Pasal apa dia tala semua peluru meriam kat Kedah?

“Pasal apa dia serang Kedah tiap-tiap hari? Pasal apa? Pasal kita memberi jawapan kepada setiap persoalan yang ditimbulkan. Kita ada jawapan, dia cari pasal dengan kita,” ujar Sanusi mendedahkan beberapa isu tindakan politik pihak Anwar.

Jelasnya, mula-mula keluar satu arahan Kabinet tidak membenarkan beliau terlibat segala program Kerajaan Persekutuan termasuklah Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Menurutnya, ada Pegawai Kementerian datang menunjukkan arahan tersebut dan apabila isu itu dipertikaikan, ada pemimpin PH meminta ditunjukkan bukti, sedangkan itu bukan urusannya dan arahan Kabinet adalah sulit.

Tegas beliau, walaupun tidak diberikan salinan surat itu, tetapi jangan menyatakan beliau tidak memilikinya di mana setelah itu semua program melibatkan Menteri Besar (MB) dibatalkan dan digantikan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Bagaimanapun kata Sanusi, SUK menyatakan tidak wajar beliau mewakili MB hinggalah apabila perkara tersebut semakin menjadi isu, akhirnya pihak Anwar terpaksa membenarkan keterlibatan beliau.

Beliau yang juga ADUN Jeneri mendedahnya lagi, mereka itu juga menghantar surat ke Pejabat Sultan Kedah supaya Baginda menitahkan satu orang lain mengganti Menteri Besar ke mesyuarat Majlis Kewangan Negara.

“Surat tu ada, surat itu ada. Depa kata tunjuk bukti. Tunggu sat, hangpa syok dulu. Majlis Kewangan Negara ni berbanding saya dengan beberapa Menteri lain di peringkat Pusat, saya senior. Pasal saya masuk banyak kali dah. Depa baru jadi Menteri, baru nak masuk sekali itu.

Depa ingat mesyuarat tu lagu (seperti) mana agaknya? Depa harap Tuanku ikut kehendak Kerajaan Persekutuan ganti saya dengan orang lain. Alhamdulillah, Kedah dikurniakan seorang Tuanku Sultan yang memahami Perlembagaan, yang berjiwa besar dan dia lead Kedah Darul Aman.

“Tuanku kita bukan boneka. Tuanku kita teguh pendirian dia. Dia kata mana yang MB patut pi MB pi. Jangan peduli kat depa. Junjung titah Tuanku. Patik pun pi lah. Saya pi tuan. Saya sampai-sampai di MOF, saya kata ‘dia mai dah’. Depa gelak semua. Depa tu pun tak suka.

“Ada ke pula orang tak bersalah tiba-tiba nak suruh tukar kan? Saya bukan ada salah apa. Saya salah apa? Saya salah berceramah masa dia tak jadi PM lagi dia saman saya. Tu hal lain. Tu kita lawan di mahkamah hat tu,” ujarnya.

Kata Sanusi, dalam bab pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu profesional dan tidak boleh koyak dalam perkara itu tegasnya dan beliau tidak patut dihalang sewenangnya kerana mewakili negeri.

Beliau mengakui bersalaman dengan Anwar semasa mesyuarat tersebut kerana tetap menghormatinya sebagai Perdana Menteri, namun mengingatkan pemimpin tersebut agar tidak bermain politik kotor.

Depa tuduh saya bocor pula Majlis Mesyuarat sebelum pada tu. Masa tu kelam-kabut, dia jadi PM baru berapa bulan? Tapi dia set out beberapa pegawai kanan di MOF, menyebabkan paper MOF dia bentang sendiri.

“Saya pi ceramah di Sungai Besar, saya kata biasanya segala paper Kementerian, KSU (Ketua Setiausaha) akan bentang. Orang pakar dalam bidang tu akan bentang, termasuklah kalau kedudukan kewangan. Ni dak, Perdana Menteri bentang sendiri.

“Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan seorang pakar kewangan, dia pakar lain. Tapi dia bentang.,walaupun dia bentang, slide tunjuk benda lain, dia cakap benda lain. Saya kata ni bukan pembentangan, ini syarahan.

“Saya cakap benda tu di Sungai Besar. Maka saya dituduh membocorkan rahsia negara. Kepala otak hangpa rahsia negara lagu tu. Rahsia negara ni, butiran, butiran. Kalau siapa bentang paper, tu bukan rahsia negara, bukan sulit pun siapa bentang.

“Kandungan pembentangan itu sulit. Siapa bentang bukan sulit. Saya dituduh membocorkan rahsia negara dalam mesyuarat,” kongsinya sambil menempelak permainan politik pihak tersebut yang kemudian beliau dilarang menyertai program Persekutuan.

Beliau menyindir mereka yang ramai itu serta memiliki ramai ‘pakar dan formula’ namun penuh putar belit dan penipuan, tetapi berencana melawannya seorang dan beliau berikrar selagi tidak rebah akan terus menentang tindakan kotor mereka.

“Kena berhadapan dengan gentleman sebagai lelaki, sebagai jantan tulen. Hadapilah saya dengan jantan tulen. Kenapa main dok berkas-berkas kaki tangan ni? Saya tak kata apa. Itu suara-suara sumbang yang saya tak tahu siapa,” sindirnya. – HARAKAHDAILY 14/5/2023

- Advertisement -