BACHOK: Rakyat terpaksa ‘struggle’ sendiri dalam usaha mencari rezeki rezeki memandangkan kerajaan PH-BN dianggap gagal membantu mereka menangani masalah ekonomi.
Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, kerajaan tidak ada kesungguhan menangani masalah ekonomi, sebaliknya sekadar berteori untuk kurangkan harga barang dan mengawal intrest bank.
Namun katanya, apa yang berlaku sebaliknya sehingga intrest bank yang terpaksa ditanggung pula meningkat sehingga menjejaskan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana kerana terpaksa berhadapan dengan kos lebih tinggi.
“Rakyat kecewa apabila tiada tindakan yang wajar daripada pemerintah untuk membantu mereka, sebaliknya rakyat terpaksa berdepan kenaikan harga barang dan peningkatan intrest bank,” katanya ketika ditemui pada ‘sembang santai’ bersama pengusaha penternakan lembu sado dan air nira kelapa di Kampung Panjang, dekat sini. (Foto atas)
Menurutnya disebabkan kegagalan kerajaan, anak-anak muda terpaksa mencari peluang baru dalam sektor pertanian sama ada menternak, menanam dan sebagainya sebagai sumber pendapatan.
Katanya, apa yang penting usaha berkenaan perlu dilaksanakan secara berkelompok bagi mengurangkan kos, memudahkan pemasaran dan penjagaan khususnya penternakan.
Pada masa sama kata beliau golongan yang berjaya dalam bidang penternakan perlu dijadikan contoh dan sebagai tempat rujukan bagi mendapat ilmu untuk memulakan projek berkenaan.
Hadir sama pada majlis itu, Adun Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Hussin serta beberapa anak muda yang berjaya dalam penternakan lembu sado di Bachok. – HARAKAHDAILY 14/5/2023