Saingan ChatGPT: Google lancar Bard

Peranti Pixel baharu yang diperkenalkan Google, telefon pintar boleh lipat, Fold dengan skrin yang boleh dibuka kepada saiz komputer tablet. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

MOUNTAIN VIEW, Amerika Syarikat: Google memperluaskan penggunaan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence/AI) melalui platformnya, Bard merentasi 180 negara di seluruh dunia sebagai saingan kepada ChatGPT yang dijana oleh  Microsoft.

Eksekutif pada persidangan tahunan pembangunan Google di Lembah Silikon, semalam, Rabu (10 Mei), di sini berkata bahawa AI generatif juga akan digunakan untuk mengecas enjin carian terkemuka gergasi teknologi itu

- Advertisement -

Ketua Eksekutif Google, Sundar Pichai dalam ucapannya berkata pihaknya telah menggunakan AI untuk seketika, dengan AI generatif  mengambil langkah seterusnya.

“Kami sedang membayangkan semula kesemua produk teras kami, termasuk enjin carian,” tambahnya.

Google berlumba-lumba untuk mengejar pesaingnya Microsoft, yang telah sudah terlebih dahulu mengintegrasikan kuasa seperti ChatGPT ke dalam pelbagai produknya, termasuk enjin carian Bing.

Penyertaan Microsoft dalam perkembangan AI semakin meluas walaupun terdapat kebimbangan tentang potensi ancaman teknologi kepada masyarakat umum, termasuk kesannya terhadap penyebaran maklumat yang salah dan sama ada ia boleh merampas pekerjaan yang selama ini dimonopoli oleh manusia. 

Teknologi AI yang diperkenalkan Microsoft melalui platform, ChatGPT kini bakal disaingi platform AI Google, Bard. (FOTO: The Conversation)

Jurutera Pengisian Carian Google, Cathy Edwards berkata, pengalaman baharu itu akan serupa dengan carian yang ‘dicas semula’ atau dijana oleh bot perbualan (conversation bot).

Eksekutif Google yang lain membentangkan cara AI generatif dijalinkan ke dalam Gmail, penyuntingan foto, alat kerja dalam talian dan banyak lagi.

“Usaha syarikat untuk AI  akan dijalankan dengan cara yang ‘berani dan bertanggungjawab’,” kata Pengarah Produk Kanan Google, Jack Krawczyk semasa taklimat.

Pengembangan Google bermakna ia mengalihkan senarai menunggu untuk Bard, membenarkan pengguna di seluruh dunia menggunakannya dalam bahasa Inggeris selepas berbulan-bulan perisian itu diuji di Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Google kini melancarkan teknologi AI melalui platform, Bard merentasi 180 negara di seluruh dunia. (FOTO: Cloudbooklet.com)

Menurut Krawczyk, Bard akan diubah suai untuk menyokong 40 bahasa dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Pihak kami teruja untuk memperkenalkan Bard secara lebih meluas dalam kalangan umum. Kami agak bersemangat tentang masa depan Bard,” ujarnya.

Google juga mengumumkan tentang ‘sambungan’ penyemak imbas yang akan menyemai aplikasi dan perkhidmatan seperti Gmail dan pemetaan dengan ciri-ciri AI.

Teknologi Bard akan membolehkan pengisian teks ketika menyiapkan deraf e-mel dan mengesyorkan cadangan bagi kerja berasaskan seni dengan meneliti bekalan gambar yang yang tersedia.

Kumpulan wartawan yang hadir membuat liputan persidangan tahunan pembangunan Google di Mountain View, California, Amerika Syarikat pada 10 Mei 2023 sedang meneliti perincian fungsi telefon pintar terbaharu Google, peranti pixel Fold. (FOTO: AFP)

“Google juga akan membenarkan rakan kongsinya menambah baik perkakasan termasuk daripada Adobe, yang membolehkan pengguna menghasilkan imej,” kata Krawczyk.

Konglomerat teknologi itu turut memperkenalkan peranti Pixel baharu termasuk telefon pintar boleh lipat, Fold yang berharga AS$1,799 (RM8,000) setiap satu unit dengan skrin yang boleh dibuka kepada saiz komputer tablet.

Naib Presiden Kanan Peranti Google, Rick Osterloh, berkata Fold memenuhi dua fungsi sekali gus iaitu sebagai telefon bimbit berkuasa tinggi dan komputer tablet berkeupayaan tinggi.

Sundar Pichai sedang berucap dalam persidangan tahunan pembanhunan Google di Mountain View, California.

Google turut memperkenalkan komputer tablet baharu pada harga lebih rendah, yang ditawarkan di bawah jenama telefon pintarnya, Pixel.

Pengumuman Google dibuat seminggu selepas pesaing Microsoft meluaskan akses awam kepada program AI generatifnya, yang dikuasakan oleh model yang dibuat oleh OpenAI, syarikat di sebalik penciptaan ChatGPT.

“Ini boleh menjadi detik penentu dalam pertempuran AI dengan Google dan Microsoft yang akan bersaing untuk bahagian pasaran,” kata penganalisis, Wedbush Dan Ives dalam notanya kepada pelabur. – HARAKAHDAILY 11/5/2023