SAYA terbaca satu tulisan bertajuk ‘Use safe seat to get more Malays elected, DAP told‘ yang menyiarkan pandangan James Chin pensyarah Universiti Tasmania. Tulisan ini menasihatkan DAP agar menampilkan lebih ramai muka Melayu agar DAP boleh tampil sebagai parti multiracial dan diterima oleh pengundi Melayu.
Saya merasakan pandangan ini salah dan agak mustahil untuk berlaku. Ini kerana DAP akan terus ditolak oleh pengundi Melayu atas beberapa faktor.
DAP akan terus ditolak selagi parti itu terus dikuasai oleh bukan-Melayu. Sekiranya dilihat kepada pemilihan Central Working Committee (CWC) DAP pada pemilihan parti 2022, 100 peratus pemenang yang dipilih oleh perwakilan adalah bukan-Melayu. Calon Melayu gagal mendapat tempat dalam 30 tertinggi yang melayakkan mereka dipilih ke CWC.
Manakala jawatan tertinggi parti juga dikuasai oleh bukan-Melayu. Hanya Tengku Zulpuri sahaja yang dilantik ke jawatan Timbalan Setiausaha Agung. Manakala Young Syefura dan Syahredzan Johan pula dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa. Bayangkan daripada 36 ahli CWC, hanya 3 orang wakil Melayu dilantik dan langsung tidak mencerminkan demografi pengundi dalam Malaysia.
Daripada senarai Menteri dan Timbalan Menteri pula, hanya seorang sahaja Melayu yang dilantik sebagai Timbalan Menteri iaitu Tengku Zulpuri manakala selebihnya adalah bukan-Melayu.
DAP juga akan terus ditolak oleh pengundi Melayu selagi mana parti itu terus memainkan isu yang dianggap sensitif oleh orang Melayu. Isu seperti pengiktirafan UEC, isu peruntukan sekolah Cina, isu arak, isu agama Islam, isu gagasan Malaysian Malaysia, isu superman hew dan isu tulisan jawi yang ditimbulkan DAP sangat tidak boleh diterima oleh pengundi Melayu.
Kesimpulan saya, DAP sememangnya tidak akan diterima oleh pengundi Melayu. Mana-mana parti Melayu yang bersama dengan DAP juga akan ditolak secara total oleh pengundi melayu. Ini dapat dilihat pada kegagalan PKR menguasai undi Melayu dalam PRU yang lepas. Umno juga dijangka akan ditolak secara total oleh pengundi Melayu dalam PRN 6 buah negeri akan datang.
Nasihat saya, DAP terus kekal dengan sikap cauvinis dan teruskan penguasaan pengundi Cina. Gelanggang pengundi Melayu bukan untuk kamu selagi mana kamu terus bersikap cauvinis dan sentiasa menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam. Penampilan mula Melayu Islam sebagai calon pilihan raya tidak mampu memadamkan pandangan dan pendirian pengundi Melayu terhadap politik cauvinis DAP.
NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 10/5/2023
Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0QdQdazVgo3wCWynDfoNSuCq43q8JYrsdWiAMxA7sYmUSUwhcgxbtAQwCcoJyk4e8l&id=650875906&mibextid=Nif5oz
Rujukan:
1. https://malaysiagazette.com/2023/01/11/exco-dap-biadab-kaitkan-isu-arak-dengan-solat-umat-islam/
2. https://harakahdaily.net/index.php/2019/08/09/dap-biadab-cemari-dun-tidak-hormati-sultan-s-gor/
3. https://harakahdaily.net/index.php/2021/05/18/kritik-pm-isu-palestin-kenyataan-adun-dap-biadab/
4. http://www.mca.org.my/3/Content/SinglePage?_param1=30-012022-171459-01-202230&_param2=TS
5. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/25/beranikah-dap-tinggalkan-gagasan-malaysian-malaysia
6. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kor-ming-dalang-api-perkauman-negara-pemuda-umno-110798
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
DAP akan terus ditolak orang Melayu
- Advertisement -