
HAKKARI, Türkiye: Pintu sempadan baharu antara Türkiye dan Iraq dijangka dibuka dalam beberapa bulan akan datang, susulan lawatan seorang pegawai tinggi Türkiye di tapak kemudahan baharu itu.
Timbalan Menteri Perdagangan Riza Tuna Turagay pada Isnin (8 Mei) hadir memeriksa pembinaan Gerbang Sempadan Umurlu pada masa hadapan, yang terletak di antara Derecik di wilayah Hakkari timur Türkiye dan Erbil utara Iraq, lapor Anadolu Agency.
Turagay berkata bahawa kunjungannya ke tapak berkenaan adalah bagi sebagai wakil pihak Menteri Perdagangan Türkiye, Mehmet Mus dan beliau berpuas hati dengan perkembangan kerja-kerja di situ.
Menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk membuka pintu sempadan secepat mungkin, Turagay berkata: “Kami tahu betapa pentingnya ini untuk pembangunan hubungan komersial antara Türkiye dan Iraq, berapa banyak ia akan menyumbang kepada penduduk di rantau ini, dan bagaimana ia akan membawa tenaga ke seluruh rantau ini.”
“Jalan-jalan raya menuju ke sempadan kedua-dua negara sedang dibina, dan saya harap ia akan siap dalam tahun ini juga,” katanya.
Sepanjang lawatan itu, Turagay diiringi beberapa pegawai lain termasuk Gabenor Hakkari, Idris Akbiyik; Komander Gendarmerie Wilayah, Mejar Jeneral Coskun Sel; Datuk Bandar, Derecik Ekrem Cetinkaya; Ketua Polis Wilaya, Salavat Mete Pinar; dan Pengerusi Parti Keadilan dan Pembangunan Wilayah (Parti AK), Zeydin Kaya.
Semasa lawatannya itu, Turagay turut bertemu dengan Gabenor Daerah, Abdulkadir Isik, selain mengadakan dialog dengan peniaga dan orang ramai di kawasan itu
Dalam pertemuan dengan Turagay, penduduk tempatan menyatakan harapan mereka untuk pintu gerbang sempadan itu dibuka.
“Kerajaan Türkiye merancang untuk membuka sempadan dan menghubungkan jalan-jalan raya kepada trafik penumpang di Iraq dengan kadar secepat mungkin,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/5/2023