Nga Kor Ming bagaikan biawak lapar bangkai

- Advertisement -

HABIS isu dah PH-BN nak main sempena PRN nanti. Terbaru dibuat isu YB Siti Zailah (Kak Lah) curi air di pili bomba pula. 

Silap besarlah YB Kak Lah dijadikan sasaran mereka. Bukan sahaja orang Rantau Panjang, bahkan satu Malaysia tahu kerja kuat dan kerja buat YB Kak Lah sebagai Ahli Parlimen. 

Hanya puak PH-BN yang terdesak sahaja buat-buat buta mata dan buta hati, tuduh curi air pula. Lebih kelakar isu ini disambar oleh Menteri. Level Cybertrooper sahaja rupanya Menteri era madani ini. 

Nga Kor Ming dengan rakusnya, ibarat biawak yang lapar dihulurkan bangkai ayam. 

Sungguh malang ‘langkah tegas’ Nga Kor Ming untuk melindungi pili bomba daripada keperluan rakyat dapatkan air bersih, telah memakan diri sendiri. 

Nga Kor Ming terpaksa menyorokkan kepala apabila tersebar gambar pihak bomba yang membuka pili bomba bagi membantu rakyat memerlukan air di Rantau Panjang menggunakan Lori Air Kontrak (LAK) di bawah AKSB.  

Bukan Kak Lah pergi sinsing lengan buka sendiri senyap-senyap di balik gelap malam seumpama seorang pencuri. Bomba buka pun di siang hari siap diambil gambar. 

Pencuri mana sebarkan gambar selfie sedang mencuri?

Apa yang berlaku ini seolah-olah, salahnya menggunakan pili bomba untuk keperluan mendesak rakyat yang berhadapan masalah air.

Tiba-tiba, keluar pula beberapa kes ketiadaan air di Pulau Pinang dan mereka gunakan air dari pili bomba sebagai alternatif. Contohnya:

1.  Penduduk Blok D Fasa II Flat UDA Tanjung Tokong, Georgetown terpaksa mencuci peralatan memasak di pili bomba kerana masalah pam air rosak sejak Mac hingga April 2023.

2. Hampir 1,000 penduduk di blok 24, Flat Bukit Gedung, Bayan Baru menadah air dari pili bomba kerana dibelenggu sengsara ekoran mengalami masalah bekalan air terputus lebih 72 jam pada Julai 2022. 

Ramai netizen persoal, kenapa di Pulau Pinang bila ada masalah air boleh guna pili bomba? Tapi bila di Kelantan guna pili bomba yang dibuka oleh anggota bomba sendiri dikatakan mencuri? 

Masih belum puaskah orang politik melihat BN aniayai Kelantan sebelum ini? Apakah DAP pula mahu menganiayai Kelantan sebagaimana BN lakukan dahulu?

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 9/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -