Replika al-Quran gergasi jadi tarikan pelancong

- Advertisement -

NARATHIWAT: Replika al-Quran gergasi yang dibina penduduk di Kampung Pa Pungoh sempena sambutan Syawal berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung setiap hari.

- Advertisement -

Idea berkenaan dicetuskan Imam Mat Rokey Wan Kechik, 57, dengan memilih surah Al-Israa sempena peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada bulan Ramadan.

Penghulu kampung terbabit Thalib Mustopa, 59 berkata, kerja-kerja pembinaan replika itu dilakukan secara bergotong-royong selepas solat sunat tarawih.

Katanya kerja-kerja membina replika itu mengambil masa selama 22 hari.

“Bagi mencipta replika al-Quran kami menggunakan modal sebanyak RM750 hasil sumbangan orang ramai.

“Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan replika al-Quran dengan ketinggian 3.6 meter, manakala lebarnya 5.2 meter ini pada Ramadan lepas,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Malah kata beliau penduduk tempatan tidak menjangka binaan yang dicipta mereka medapat sambutan luar biasa apabila pengunjung datang dari banyak negara termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Arab Saudi. – HARAKAHDAILY 8/5/2023

Berita lanjut tunggu Harakah edisi cetak.

- Advertisement -