PASRelief buka pendaftaran korban di 10 negara Islam

Program korban dan aqiqah anjuran PASRelief di Arahan tahn lepas.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PASRelief akan melaksanakan program korban dan aqiqah buat julung kalinya di beberapa buah negara Islam sempena Aidiladha 1444 tidak lama lagi.

- Advertisement -

Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berkata, krisis kemanusiaan dan pergolakan yang tiada noktah henti membuatkan beberapa buah negara Islam dilanda kemiskinan dan ketidakstabilan ekonomi.

Menurutnya, pergolakan yang berlaku di beberapa negara juga menyebabkan mereka menjadi pelarian di negara mereka sendiri.

Katanya, berita mengenai kedhaifan mereka tidak dilaporkan di media arus perdana kerana tiada nilaian sosioekonomi.

Tambahnya, pelarian yang tinggal di benua Sahara tidak mendapat banyak hasil sama ada tanaman mahupun hasil bumi.

Katanya lagi, keadaan tersebut menjadikan mereka terus diancam kemiskinan namun tetap hidup menggalas perut selagi hayat dikandung badan.

Justeru, ujarnya sebagai tanda prihatin atas nasib yang tidak berkesudahan itu, setiap tahun PASRelief akan membuka penyertaan korban dan aqiqah daripada orang ramai untuk diberikan kepada penduduk negara Islam yang bergolak dan daif.

Beliau menambah, antara negara Islam yang akan dijalankan ibadah korban adalah Yaman, Sudan, Kenya, Mindanao, Kashmir, Palu, Palestin, pelarian Syria di Lubnan dan pelarian Rohingya di Arakan, Myanmar dan Cox’s Bazar, Bangladesh.

Oleh hal yang demikian, katanya PASRelief telah melancarkan dan membuka penyertaan korban pada tahun ini.

“PASRelief mengajak orang ramai untuk turut bersama dalam mengerjakan ibadah korban di negara yang terlibat,” ujarnya.

Penyertaan boleh diisi melalui https://pasrelief.org/permohonan-qurban-aqiqah-2023/ atau menghubungi wakil Sekretariat Qurban PASRelief di talian 60173333881 dan 601110764460. – HARAKAHDAILY 8/5/2023

- Advertisement -