Indeks kebebasan akhbar: PMX perlu belajar dengan PMIX

- Advertisement -

‘CAMPUR tangan politik? Media mempunyai kebebasan sepenuhnya asalkan laporan itu tepat dan bertanggungjawab.’

Demikian respons Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila ditanya berkenaan kebebasan pertubuhan media di negara ini.

Alhamdulillah, hasil keterbukaan Kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pentadbiran beliau, Malaysia telah naik enam anak tangga dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2022.

Malaysia hari ini berada di tangga 113 daripada 180 buah negara sekali gus meletakkan kita di kedudukan tertinggi bagi negara ASEAN.

Jaminan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan menghalang kebebasan akhbar benar-benar ditunaikan.

Justeru tidak hairanlah sepanjang pemerintahan kerajaan sebelum ini, hampir tidak berbangkit isu sekatan media kerana berbeza pandangan politik seperti yang berlaku sekarang, contohnya;

1. Aktivis media sosial disoal siasat 6 jam oleh SKMM kerana kritik kerajaan.

2. Tiktoker PN dipanggil pihak polis.

3. Sekat kempen pihak lawan di media sosial.

4. Kawal stesen TV.

5. Pengamal media dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri.

6. Menteri menuduh portal berita membuat fitnah kerana memberi laporan jangkaan OPR yang akan naik.

Prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh kerajaan sebelum ini wajar menjadi contoh bagi Kerajaan Madani. 

Perdana Menteri Ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah memberi jaminan bahawa aspek kebebasan dan keterbukaan media di negara ini akan terus terjamin. 

Harapnya janji ini benar-benar ditunaikan dan bukan hanya wayang seperti janji-janji lainnya. Cukuplah pembatalan tayangan takbir raya PERIKATAN NASIONAL pada saat akhir tempoh hari menjadi peristiwa hitam terakhir dalam rekod pentabiran PMX.

Komuniti dan penggiat media atau akhbar perlu bebas daripada cengkaman politik dan terus menyebarkan kebenaran tanpa takut.

Barulah betul madani! 

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah 
Jabatan Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 3/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -