Ayah Sin dengan PAS Kelantan

- Advertisement -

MASA zaman gemulah Ayah Mat (Dato’ Mohd Asri Muda) jadi pemimpin besar PAS Kelantan dulu (tahun ’60-an dan ’70-an), orang paling kuat lawan PAS di Kelantan adalah Abe Hussein. 

Sohor namanya di Kelantan kerana kuat sabotaj PAS. Kalau berlaku kes-kes bakar retok (jambatan), sekat jalan tempat ceramah, rampas IC musim PRU dan macam-macam lagi, semua orang akan kata, ‘Ni mesti kerja Abe Sin.’

Kerana biso (hebat) Abe Sin inilah, orang Kelantan panggil Abe Sin ini Hussein Serama. Abe Sin pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan dulu dan sebelum pencen dari politik pernah juga jadi Timbalan Menteri. 

Bergelar Tan Sri Hussein Ahmad, bekas Timbalan Ketua Penerangan Umno Malaysia ini semua orang zaman dulu tahu peel perangai dia terhadap PAS. Bahkan, walaupun beliau rapat dengan Ayah Mat, dia yang tuduh Ayah Mat ada hotel di Indonesia – Hotel Asri.

Kisah-kisah Ayah Sin buat naya ko PAS Kelantan sebagai strategi politik ini tuan-tuan boleh baca dalam pengakuan Ayah Sin ketika ditemuramah oleh anak Ayah Mat, Ratna Inzah. Interviewnya ada dimuatkan dalam buku Asri Sakinah: Menyulam Kenangan (2021).

Loni, Ayah Sin tak cekat (tak larat) dah nak kerenat (buat jahat) dekat PAS Kelantan. Dia dah tua dah. Boleh jadi dia pun dah benci kepada Umno sekarang. Ayah Sin lama dah duduk diam dan tak kacau PAS. 

Boleh jadi Ayah Sin rasa puas hati tengok PAS perintah Kelantan sejak zaman Tok Guru, yang jauh lebih molek daripada Umno perintah Malaysia. Lebih-lebih lagi bila Zahid bawa Umno bersekutu dengan DAP sekarang ini.

Tiba-tiba, masa Ayah Sin dah ambil pencen ini, beranak pula Adik Sin, mari nak kerenat ko PAS Kelantan. Gedebe setara Ayah Sin pun, last-last tak cekat nak lawan PAS Kelantan, Adik Sin berasa dan makan cekok ko?

Adik Sin nak cari gapo, cari sohor ko atau cari ngupoh?

Postscript: Jangan cari ulu cok sudah la.

MOHD FADLI GHANI – HARAKAHDAILY 2/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -