Air dan lebuh raya: Ingat kezaliman Umno dan madani

- Advertisement -

NAMPAK naratif tersusun di media sosial oleh penganut PH dan terikut juga pasangan kahwin paksa BN menyerang Kelantan dengan sindiran, komedi dan satira, termasuk lagu yang diupah mahal tapi tidak sedap didengar.

Jika hari raya Aidilfitri ditandai dengan puasa sebulan, pilihan raya pula tandanya adalah serangan terancang askar upahan, sebahagian besarnya terhadap Kelantan.

Air yang sengaja disekat peruntukan dan lebuhraya yang dilewat-lewatkan sehingga contohnya mengundang Ketua Pengarah J-KOM yang dahulu kononnya PAS yang hakikatnya menyindir kegagalan Kerajaan Pusat menyediakan bekalan air bersih dan lebuhraya untuk rakyat Kelantan.

Cuba sebutkan negeri mana di Malaysia yang disekat peruntukan di bawah Perlembagaan bekalan air bersih kepada rakyat selain Kelantan?

Lebuhraya pula, manakah negeri di Malaysia yang membina sendiri lebuhraya kerana tanggungjawab ini adalah di bawah urus tadbir Kerajaan Pusat?

Nampaknya naratif yang cuba dipetik peluru oleh penganut PH-BN ini adalah peluru hidup yang mengena diri sendiri. Hakikatnya Kelantan sedang melangkah gagah mengemudi nakhoda yang dikhianati untuk kesejahteraan rakyat walau dengan seberapa jahat tekanan dikenakan.

Rakyat Kelantan, terutama anak muda saya mohon agar mengingati kezaliman Umno dan madani yang telah dan hari ini sedang kita depani dalam membangunkan negeri ini terutama pengkhianatan isu air dan penderaan lebuhraya.

Semakin kuat sindiran komedi, semakin galak susunan naratif dendam politik, semakin kita bangkit melawan penghinaan kerana kita tahu nilai mana kaca mana intan.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS
Negeri Kelantan
7 Syawal 1444 / 28 April 2023 – HARAKAHDAILY 28/4/2023

- Advertisement -