Petugas kebersihan MPKB-BRI kerja sehingga awal pagi Syawal

Izani (empat dari kiri) dalam majlis Aidilfitri DUN Kijang 2023 di Dataran Kijang, Pasar Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan pada 27 Apr 2023. (FOTO: Facebook Pusat Khidmat DUN Kijang)
- Advertisement -

KOTA BHARU: Petugas kebersihan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)  telah mengorbankan masa rehat dan tidur masing-masing pada malam Hari Raya Aidilfitri semata-mata untuk memastikan bandar Kota Bharu bersih.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Dr Izani Husin berkata, mereka telah bersengkang mata sehingga awal pagi Aidilfitri demi untuk memberi keselesaan kepada orang ramai pada 1 Syawal.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Dr Izani Husin berkata, mereka telah bersengkang mata sehingga awal pagi Aidilfitri demi untuk memberi keselesaan kepada orang ramai pada 1 Syawal.

“Petugas bahagian kebersihan MPKB-BRI bertungkus-lumus membersih kawasan sekitar bandar Kota Bharu sebelum pagi Aidilfitri,” katanya.

Sehubungan itu, menurutnya, kerajaan negeri Kelantan memberi insentif kepada petugas yang bekerja lebih masa terbabit sebagai penghargaan buat mereka.

“Oleh itu, orang ramai diharap menghargai pengorbanan dan tugas mereka yang menjaga kebersihan demi keselesaan orang ramai,” katanya ketika ditemui pada majlis Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang 2023 di Dataran Kijang, Pasar Kedai Buloh, di sini,  hari ini.

Izani sedang beramah mesra dengan orang ramai yang berkunjung pada majlis Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang 2023 (FOTO: Rizal Tahir).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu tular sampah yang ditinggalkan peniaga dan pengunjung pada malam Aidilfitri di bandar Kota Bharu.

Dr Izani juga berkata, kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan kebersihan termasuk kempen Kelantanku Bersih.

Menurutnya, kempen itu mengambil tempoh lima tahun, namun untuk mengubah sikap masyarakat bukan sesuatu perkara yang mudah.

“Kita tidak akan berputus asa akan teruskan kempen-kempen kebersihan pada masa akan datang untuk mendidik rakyat Kelantan supaya menjaga kebersihan,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/4/2023

- Advertisement -