Inflasi harga makanan kekal tinggi di seluruh dunia

Masalah inflasi harga makanan domestik yang kekal tinggi memaksa sesetengah negara melaksanakan perintah larangan dan mengehadkan eksport makanan ke luar negara. (FOTO: Fast Company Middle East)
- Advertisement -

WASHINGTON: Bank Dunia dalam laporan mengenai peningkatan ketidakamanan makanan global mengumumkan bahawa inflasi harga makanan domestik kekal tinggi di setiap negara seluruh dunia.

Dalam kenyataannya, ia berkata, maklumat dari bulan terbaharu antara Disember 2022 dan Mac 2023 yang mana data inflasi harga makanan tersedia menunjukkan inflasi yang tinggi di hampir semua negara berpendapatan rendah dan sederhana dengan paras inflasi melebihi 5 peratus  di 70.6 peratus  negara berpendapatan rendah, 90.9 peratus negara berpendapatan sederhana rendah, dan 87.0 peratus negara berpendapatan sederhana atas dan kebanyakannya mengalami inflasi dua angka.

- Advertisement -

“Di samping itu, 84.2 peratusnegara berpendapatan tinggi mengalami inflasi harga makanan yang tinggi, dengan negara paling teruk terjejas di Afrika, Amerika Utara, Amerika Latin, Asia Selatan, Eropah dan Asia Tengah,” tambah kenyataan itu, lapor Anadolu Agency.

Menurut Bank Dunia lagi, selepas Rusia melancarkan perang ke atas Ukraine, dasar berkaitan perdagangan yang dikenakan oleh negara di seluruh dunia  telah melonjak.

“Krisis makanan global bertambah buruk dengan peningkatan jumlah sekatan perdagangan makanan yang dilaksanakan oleh pelbagai negara, apabila 23 negara melaksanakan 29 larangan eksport makanan, dan 10 melaksanakan 14 langkah mengehadkan eksport, setakat 13 Mac 2023,” ujar kenyataan itu lagi.

Institusi kewangan global  itu juga berkata bahawa pengeluaran eksport negara berpendapatan rendah dan sederhana terus pulih pada 2022, yang merupakan tahun penting untuk menyambung semula komitmen pelaburan infrastruktur swasta.

Sementara Asia Timur, Pasifik, Amerika Latin, Caribbean dan Asia Selatan menyaksikan kembali ke tahap pelaburan pra-pandemik, Eropah dan Asia Tengah bagaimanapun menyaksikan komitmen pelaburan yang lebih rendah akibat perang di Ukraine dan krisis tenaga yang berkaitan,” kata kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 25/4/2023

- Advertisement -