Kakitangan Kompleks PAS Kedah terima sumbangan Aidilfitri

- Advertisement -

ALOR SETAR: Seramai 64 kakitangan Kompleks PAS Kedah menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Menurut Setiausaha PAS Kedah, Senator Ustaz Musoddak Ahmad, sumbangan tersebut diberi setiap tahun untuk meraikan semua kakitangan Kompleks PAS Kedah.

- Advertisement -

“Tahun ini, jumlah kakitangan bertambah berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama kakitangan serta keluarga Kompleks PAS Kedah di sini, semalam.

Selain duit raya, kakitangan berkenaan menerima barangan keperluan, termasuk minyak masak, susu, kordial, beras dan kain pelikat. Turut menerima duit raya ialah golongan anak-anak.

Golongan kanak-kanak tidak ketinggalan menerima duit raya

Musoddak juga berkata, bekas kakitangan dan keluarga turut dijemput hadir pada majlis berkenaan.

Turut menerima sumbangan tersebut wartawan Harakah cawangan Kedah. Program tersebut dirasmikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi. – HARAKAHDAILY 20/4/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!