Hikmah di sebalik Adun PN Pahang dinafi peruntukan

- Advertisement -

MARAN: Di sebalik peruntukan kepada pembangkang di Pahang disekat kerajaan negeri, ramai tampil menderma bagi membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PERIKATAN NASIONAL (PN) membantu rakyat.

Adun Chenor, Mujibur Rahman Ishak, turut menerima derma daripada pelbagai pihak bagi meneruskan agenda untuk meringankan beban rakyat.

- Advertisement -

Ustaz Mujibur Rahman berkata, lebih ramai penderma tampil bagi membantu meringankan beban penduduk miskin di Dun Chenor.

Katanya, beliau dan penderma mengambil tanggungjawab meringankan beban rakyat berikutan peningkatan kos sara hidup sekarang.

“Semoga Allah membalas jasa baik penyumbang dengan syurga tertinggi,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Sebelum itu, Mujibur Rahman menyampaikan sumbangan kepada 150 asnaf dan golongan memerlukan pada majlis yang diadakan di Surau Tok Guru, Kampung Lanting.

Adun Chenor memeriksa sumbangan yang hendak disampaikan kepada penduduk yang memerlukan.

“Diharap saki baki Ramadan sekarang, Allah mengampunkan dosa dan melipatgandakan rezeki yang barakah buat kita semua, insya-Allah,” ujarnya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15, PN memenangi 17 kerusi, BN (16) dan Pakatan Harapan (8). Bagaimanapun, BN menambah satu lagi kerusi apabila menang di Dun Tioman pada pilihan raya kecil.

BN dan PH membentuk kerajaan negeri selepas Umno menolak PN sebagai rakan gabungan bagi mentadbir kerajaan negeri.

Pada penggal lepas, lapan Adun PAS dinafikan peruntukan daripada kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 20/4/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!