Menteri Besar Perlis hadiri Iftar Santai

- Advertisement -

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, mempamerkan gaya kepimpinannya yang mesra rakyat apabila menghadiri program Iftar Santai di Dataran Mini Putrajaya di sini, semalam.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira dengan kehadiran orang ramai, walaupun ini adalah program kali pertama anjuran kerajaan Perlis kepada rakyat negeri ini.

- Advertisement -

“Saya sangat seronok melihat kemeriahan anak-anak cucu berlari-lari di Dataran Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Menteri Besar turut mengedarkan plastik sampah kepada pengunjung Iftar Santai untuk memastikan kebersihan kawasan itu terjaga.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat yang hadir tanpa mengira umur dan jawatan.

Menteri Besar Perlis menunaikan solat maghrib bersama rakyat

“Terima kasih juga kepada agensi kerajaan yang membantu menjayakan program ini serta rakan wartawan, ketua pengarah dan ramai lagi yang hadir.

“Insya-Allah, kita akan mengadakan lagi program seumpama ini pada masa lain,” katanya.

Selepas selesai berbuka puasa, pengunjung turut solat maghrib berjemaah sebelum pulang ke destinasi masing-masing. – HARAKAHDAILY 19/4/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!