KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikhtiar Ihsan Care mengadakan program bersama komuniti di PPR Semarak bagi menyemarakkan lagi Nur Ramadan.
Antaranya aktiviti gotong-royong di sekitar surau dan perumahan, penyediaan juadah berbuka, talk perkongsian Ramadan dan talk remaja Tahsin Solat.
Pengasas Ikhtiar Ihsan Care Asmak Husin berkata, beberapa kumpulan melakukan aktiviti termasuk mendekati dan menyantuni masyarakat daripada golongan dewasa sehingga kanak-kanak.
“Alhamdulilah team juga dapat membuat serahan sumbangan tajaan iftar, sumbangan 25 pek makanan kering untuk asnaf dan pakaian untuk anak-anak semalam.
“Seronok dan bersemangat anak-anak dapat pakaian baharu. Terima kasih kepada para penyumbang yang menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada catatan di laman sosialnya.
Asmak yang juga bekas Senator berkata, program tersebut turut mendapat kerjasama pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menjayaka program terbabit. – HARAKAHDAILY 18/4/2023