Ramadan titik permulaan bina kesatuan ummah

Dr Kamaruzaman Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kesatuan dan penyatuan ummah tidak dapat dilaksanakan sekiranya hanya sebahagian sahaja umat Islam yang berpegang dengan tali Allah SWT.

- Advertisement -

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Kamaruzaman Yusoff berkata,
isu itu amat penting seharusnya dibahaskan umat Islam sebagai tajuk utama yang perlu diberikan perhatian sepenuhnya.

“Sebelum nak menyatukan hati kita dengan orang lain, kita hendaklah menetapkan dan mengekalkan hubungan kita dengan Allah SWT.

“Taqwa merupakan satu nikmat Allah Taala dan begitu juga dengan kesatuan adalah nikmat dan pemberian oleh-Nya,” katanya pada Tazkirah Ramadan anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (BAKKAH) di pejabat Harakah hari ini.

Tazkirah itu disiarkan secara langsung melalui Facebook TV PAS dan HarakahTV.

Dr Kamaruzaman yang juga mantan profesor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, ulama-ulama menafsirkan ayat Surah Ali-Imran ayat 102 hingga 103 bahawa umat Islam sesekali tidak boleh melakukan sesuatu yang meleraikan hubungan dengan Allah SWT.

Katanya, setiap umat Islam hendaklah sentiasa mempunyai hubungan yang berterusan dengan Allah SWT walau dalam keadaan apa jua pun.

“Dalam ayat Quran sendiri Allah SWT berfirman bahawa orang mukmin merupakan orang bersaudara dan ianya mesti berlandaskan kepada ketakwaan dan bukannya hanya membuka puasa bersama-sama dan beribadah di masjid sahaja,” katanya.

Beliau turut berharap umat Islam menjadikan bulan Ramadan sebagai titik permulaan yang baik bagi pembinaan kesatuan ummah.

“Saya berpesan supaya dalam bulan Ramadan ini kita sama-sama membina dan memastikan kesatuan ummah dapat diperhebat sesama kita di peringkat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/4/2023

- Advertisement -