Infaq berterusan setiap hari pecutan akhir Ramadan

- Advertisement -

Hampir setiap hari pegawai kami memaklumkan ada kemasukan duit ke akaun bank Maybank Pertubuhan Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) walaupun RM10 Dari orang yang sama.

Dikenali sebagai Rosli Abdul Rahman, kami amat berterima kasih kepada penyumbang ini, tanpa henti memberikan sumbangan asbab kepercayaan gerak kerja Khidmat Malaysia dalam menyelaras dan menyampaikan bantuan kepada sasaran sebetulnya.

- Advertisement -

Berbaki beberapa hari Ramadan bakal berlalu, Syawal pula bakal menjelma, jom sama-sama kita menambah pahala dan amal jariah kita dengan menyumbang serendah RM10 sahaja di Kempen Infaq Istiqamah yang mana konsisten sumbangan kita akan dipotong secara tetap dengan sekali isi. Mudah mudahan dengan kita menyokong kempen ini dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik dan mengurangkan beban menjelang Aidilfitri ini.

Firman Allah SWT:

‎مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١﴾ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُونَ مَا أَنفَقُوا مَنًّا وَلَا أَذًى ۙ لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

Al Baqarah : Ayat 261-262

Infaq Istiqamah masih dibuka khusus buat para dermawan, dapat menyumbang RM10 minimum secara tetap amatlah kami hargai. Link boleh tekan disini;

https://infaqpay.my/go/pas/p/P509

https://infaqpay.my/go/pas/p/P509

https://infaqpay.my/go/pas/p/P509

Laporan menunjukkan pada bencana banjir baru ini di Negeri Johor sebanyak 25, 200 pek makanan dapat disediakan oleh Dapur Rakyat yang dibuka. Sebanyak 12,780 Bakul Makanan diserahkan kepada mangsa-mangsa bencana di Johor baru-baru ini. Keseluruhan bernilai RM 127,762.89 berjaya diagihkan bagi keperluan banjir dengan kerjasama Khidmat Malaysia negeri-negeri, Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat Malaysia dan pelbagai entiti NGO-NGO lain seperti Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care Malaysia, PAPISMA, MediCom, Syabab Care dan pelbagai lain yang bersama.

Bencana akan terus ada, kita tidaklah memohon akan tetapi kita semua perlu bersiap siaga terutama dengan dana bagi diagihkan kepada mangsa-mangsa bencana pada masa akan datang.

Sekali lagi, jutaan terima kasih diucapkan kepada penyumbang yang memberikan secara istiqamah dan tidak putus mendoakan kami dalam misi membantu penyelaras bantuan kepada sasaran yang sepatutnya.

Pemakluman atau pertanyaan berkaitan infaq, boleh hubungi di Whatsapp Hotline Khidmat Malaysia di nombor 011-14174789.

Terima Kasih.

#InfaqIstiqamah

#KhidmatMalaysia

#RamadanBerbaki

- Advertisement -