Mudir Pondok Pasir Tumboh meninggal dunia

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan kehilangan seorang lagi ulama terkenal apabila Mudir Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh Dato’ Tuan Guru Wan Muhammad Wan Osman, 85, meninggal dunia semalam.

- Advertisement -

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menyifatkan pemergian almarhum merupakan satu kehilangan besar buat umat Islam di tanah air khususnya di Kelantan.

Malah katanya institusi pondok di Kelantan kehilangan seorang ulama yang begitu dikenali sehingga ke seluruh tanah air.

“Sumbangan serta bakti arwah khususnya dalam menyebarkan ilmu agama Islam serta melahirkan ribuan ulama bertebaran di seluruh negara,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Menteri Besar turut menghadiri solat jenazah di Pondok Pasir Tumboh. Turut hadir anggota Exco Kerajaan Negeri Dato’ Nassuruddin Daud; Mufi Wilayah Persekutuan, Dato’ Pof Madya Dr Luqman Abdullah dan Adu Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunus.

Solat jenazah selepas Asar semalam diimamkan anaknya Ustaz Wan Ali Syabramallisi Wan Ahmmad. Ribuan jemaah hadir.

Almarhum merupakan salah seorang tenaga pengajar paling lama menyampai ilmu agama dan tenaga di Pondok Pasir Tumboh selepas menimba ilmu di pelbagai tempat sama. – HARAKAHDAILY 16/4/2023

- Advertisement -