WAK Non seorang pemandu lori di sebuah syarikat yang menjual produk halal keluaran Muslim.
Wak Non suka bekerja di sini, katanya dia suka jika dia dapat bantu orang ramai untuk dapatkan produk halal melalui tugasnya sebagai pemandu lori yang membawa produk 100 peratus halal.
Syarikat pun tak halang pun Wak Non kerja di situ, cuma masalahnya Wak Non ini kaki ponteng.
Bila ditanya, macam-macam alasan tak munasabah dia bagi dan Wak Non juga kaki rempit, cara memandu Wak Non membahayakan dirinya dan pemandu lain.
Rakan-rakan kerja Wak Non rasa bimbang dengan sikap Wak Non.
Akhirnya mereka sepakat berjumpa dan bertemu Wak Non, menasihatinya supaya rajin dan memandu secara cermat dan berhemah.
Tapi Wak Non yang sentiasa rasa dirinya terbaik salah faham.
Lalu Wak Non bagi amaran kepada kawan-kawan yang menasihatinya.
“Kalau nak jatuhkan saya kerana saya jual produk halal… Silakan!
Terpinga-pinga sahabat Wak Non.
Wak Jeng.
DR AZMAN IBRAHIM – HARAKAHDAILY 12/4/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!