Exco keliling kampung ziarah rakyat sempena Ramadan

- Advertisement -

KANGAR: Adun Santan Muhammad Azmir Azizan menyusun jadual khas bertemu rakyat biarpun sibuk dengan tugas sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri.

- Advertisement -

Sehingga sekarang beliau mengadakan empat siri program ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk.

Pada siri keempat beliau menziarah penduduk di Kampung Padang Melangit. Sebelum itu melawat Kampung Dato’ Sheikh, Kampung Darat, Kampung Santan, Santan Hilir dan Santan Tengah.

Program ziarah siri pertama bermula di Kampung Petal, Kampung Masjid dan Kampung Padang Pauh pada awal Ramadan lepas. Hadir sama Ahli Jawatan Kuasa Alternative Rider Club (ARC).

Azmir berkata, sumbangan yang diberi kepada penduduk yang diziarahi berupa barang keperluan harian dan kurma.

“Saya berharap dengan sumbangan tersebut diharap dapat memberi manfaat penduduk terbabit sekeluarga,” katanya.

Sempena program ziarah itu beliau bersama rombongan ARC singgah di kebun cili yang diusahakan seorang anak muda tempatan di situ. – HARAKAHDAILY 10/4/2023