Tahniah pelantikan Naib Canselor USAS baharu

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri Perak ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri Wan Yusof atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Menyoroti latar belakang beliau selaku ahli akademik, sudah pasti setiap pengalaman dan kepakaran yang dimiliki akan ditagih untuk terus melakar kecemerlangan buat USAS.

Malah, beliau juga individu yang fasih dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Thailand serta mahir menulis dalam ketiga-tiga bahasa tersebut selain Bahasa Melayu.

Kepakaran yang beliau miliki juga amat terserlah apabila turut dilantik menjadi penasihat dan ahli panel syariah kepada beberapa buah bank di Malaysia. 

Tidak dilupakan, Pemuda PAS Perak turut menzahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga dan sekalung penghargaan kepada Naib Canselor USAS sebelum ini, Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi atas khidmat bakti dan jasa beliau untuk bumi USAS dengan penuh penuh dedikasi serta amanah.

Buat Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin Kardi, selamat bersara kami ucapkan dan buat Prof Dato’ Dr. Wan Sabri Yusof, selamat menjalankan tugas selaku Naib Canselor yang baharu.

Sekian, terima kasih.

“Pemuda Generasi Sejahtera”

“Rijal Al-Daulah”

YB USTAZ HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS
Negeri Perak – HARAKAHDAILY 6/4/2023

- Advertisement -