Mengapa perlu DAP sebagai Exco Melaka?

- Advertisement -

DALAM PRN Melaka ke 15 tahun 2021 BN-Umno menang besar menguasai 21 daripada 28 kerusi negeri iaitu penguasaan hampir 75 peratus.

Pembangkang cuma 7 kerusi iaitu DAP 5 dan BERSATU 2.

Tiba-tiba apabila naik Ketua Menteri baru Melaka dirombaknya Kabinet Negeri dan demi mahu menarik perhatian Presiden PKR dan Pengerusi PH iaitu Perdana Menteri ke-10 beliau ajak DAP masuk kerajaan. Dari 10 Exco Negeri, DAP diberi satu.

Langsung beliau lupa ketika berkempen dalam PRN dulu, PH dan DAPlah diserang dan disasar jentera BN sehingga pengundi Melaka bangkit menolak PH.

Bossku Datuk Seri Najib pun mengorbankan masa dan tenaga untuk gesa rakyat kikis dan buang keluar PH dari Melaka.

Justeru tidak ada keperluan pun untuk Melaka jemput DAP menjadi Exco. Berlainan Pahang dan Perak di mana kerajaan negeri terbentuk dengan sokongan PH.

Di Melaka tak perlu pun DAP tapi hairan kenapa Ketua Menteri Umno ghairah mahu angkat mereka?

Di Selangor tak dengar pula Kerajaan PH terlonjak-lonjak mahu contohi Kerajaan Campuran Pusat dan angkat ADUN Umno jadi Exco. Atau memang kepimpinan Umno sudah dicucuk hidung oleh PH hari ini?

Inilah puncanya bila keutamaan perjuangan diganggu oleh kepentingan dan agenda peribadi.

Kasihan orang Melaka undi BN dapat DAP! Kasihan bossku yang meringkuk dipenjara, tiada siapa minta pandangan.

Ikutilah di bawah ini sebagai pedoman: 

Watak Kapten Syers dalam filem Mat Kilau berkata: “Orang Melayu tidak pernah bersatu, sebab itu mereka senang untuk dijajah dan dipijak,  mereka saling menjatuhkan sesama sendiri!”

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Perhubungan
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 6/4/2023

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!