Ikan paus sperma gergasi terdampar di Bali, mati

Ikau paus sperma yang mulanya terdampar di pantai Bali pada Rabu, 5 Mac 2023 akhirnya mati. (FOTO: Getty Images)
- Advertisement -

DENPASAR: Pakar haiwan Indonesia sedang bersiap sedia Khamis (6 Apr) untuk menjalankan bedah siasat ke atas ikan paus sepanjang 18 meter (59 kaki) yang mati selepas terdampar di pantai di Bali.

Pegawai marin dan perikanan tempatan, Permana Yudiarso berkata, paus sperma itu terdampar di timur pulau percutian itu pada hari Rabu (5 Apr) sebelum penduduk tempatan dan pegawai  menolaknya kembali ke laut, lapor AFP.

- Advertisement -

“Namun  selepas berenang jauh di lautan, ia terkandas semula hanya beberapa jam kemudian di pantai yang berbeza dan mati di situ tanpa kecederaan yang kelihatan secara fizikal.

Pihak Kami masih menyiasat punca kematian. Kami ingin mendapatkan penjelasan saintifik sama ada ia berpunca daripada pencemaran atau plastik,” katanya.

Paus sperma yang merupakan paus bergigi dan pemangsa serta haiwan bergigi  terbesar di dunia disenaraikan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) sebagai terdedah kepada kepupusan.

Dalam pada itu, doktor haiwan dan pakar forensik telah tiba di tempat kejadian untuk menyiasat punca kematian ikan paus itu, dan bangkainya akan dikebumikan dalam beberapa hari akan datang.

“Hari ini kami akan menjalankan ujian nekropsi, dan selepas itu kami akan mendapatkan jengkaut untuk cuba menanam bangkai berhampiran,” kata Yudiarso lagi.

Terdahulu, pihak polis mengepung pantai di Kabupaten Klungkung di Bali untuk menghentikan kecurian daging atau anggota badan ikan paus itu.

Yudiarso berkata ikan paus biasanya datang lebih dekat ke pantai apabila mereka sakit atau mati.

Pada 2018, seekor ikan paus sperma ditemui mati di Indonesia dengan lebih 100 cawan plastik dan 25 beg plastik di dalam perutnya, menimbulkan kebimbangan mengenai masalah sampah laut yang besar di kepulauan Asia Tenggara.

Indonesia adalah negara penyumbang kedua terbesar dunia kepada serpihan marin selepas China. – HARAKAHDAILY 6/4/2023

- Advertisement -