Hutang jadi senjata utama penyangak ekonomi dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mantan Penyangak Ekonomi Antarabangsa John Perkins memberi amaran kepada Turkiye supaya mengelakkan meminjam daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

- Advertisement -

Katanya, hutang merupakan senjata nombor utama yang digunakan untuk menyangak ekonomi mana-mana negara di dunia.

“Turkiye mempunyai banyak pilihan selain daripada IMF seperti perjanjian ekonomi dengan China, Russia dan sesama negara Timur Tengah seperti Qatar sebagai alternatif.

“Turkiye tidak perlu manambah lagi hutang negara sedia ada yang tidak menguntungkan rakyat,” katanya seperti dilapor Anadolu Agency baru-baru ini.

Perkins juga merupakan penulis buku ‘The Confession of an Economic Hitman’ turut memberitahu beliau tidak terkejut suatu hari nanti Turkiye akan dijadikan sasaran penyangak ekonomi.

Menurutnya juga mana-mana negara yang dibelenggu hutang wajib melawan semula sistem hutang tersebut disifatkan ada unsur penindasan.

“Kita lihat negara seperti Iceland, Argentina serta Ecuador sebagai bukti hutang-hutang terbabit terbabit dapat dilangsaikan melalui langkah demi langkah,” katanya.

Kata beliau juga golongan penyangak ekonomi bekerja untuk pelbagai kerajaan sebagai proksi dan bukan hanya Amerika Syarikat sahaja.

Malah katanya mereka berkhidmat untuk syarikat-syarikat besar dengan memain peranan melaga-lagakan sebuah negara dengan negara lain melalui isu belenggu hutang.

“Hasilnya syarikat-syarikat mereka mendapat sumber yang menguntungkan termasuk faedah cukai dan kadar buruh murah tetapi pada masa sama merugikan rakyat sesebuah negara,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 5/4/2023

- Advertisement -