Selaraskan tugas agensi penguat kuasa jalan raya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menyelaras tugas agensi penguatkuasaan jalan raya supaya tidak berlaku pertindihan tugas di kalangan agensi berkenaan, kata Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian).

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, ketika ini terdapat pelbagai agensi penguatkuasa berkaitan jalan raya.

- Advertisement -

“Kita dapati terdapat banyak agensi, daripada pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar di jalan raya.

“Kita perlu ada penyelarasan supaya tidak banyak sangat agensi yang bertindan hingga akhirnya seorang pengguna jalan raya merasakan bahawa dia terpaksa berdepan lima atau enam buah agensi,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Justeru, beliau mencadangkan agar penyelarasan perlu dibuat supaya tidak banyak agensi yang melibatkan pihak penguatkuasa. – HARAKAHDAILY 4/4/2023

- Advertisement -